Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Shafee Mahu Sri Ram...

KUALA LUMPUR - Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menghadapi dua pertuduhan...

Mahkamah Thailand Tentu Nasib...

BANGKOK - Mahkamah Tinggi Thailand hari ini akan memutuskan sama ada bekas Perdana...

Bos Amazon Didakwa Hipokrit...

JEFF BEZOS, ketua pegawai eksekutif Amazon dan manusia terkaya di dunia baru-baru ini...

Rita Rudaini Duduk Wad...

AKTRES jelita Rita Rudaini dimasukkan ke wad di sebuah pusat perubatan di ibu...

Bekas Bintang Bola Sepak Disenarai Pengganas

KAHERAH – Seorang bekas bintang bola sepak Mesir semalam dimasukkan dalam senarai pengganas pihak berkuasa negara itu kerana disyaki membiayai kumpulan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan.

Sehubungan itu, harta Mohamed Aboutrika yang pernah bermain untuk pasukan Al-Ahly dan pasukan kebangsaan negara itu, dibekukan kerajaan Mesir, kata peguam pemain berkenaan.

Dia dituduh membiayai Ikhwan yang diisytiharkan pertubuhan pengganas pada hujung 2013.

Aboutrika, antara pemain berjaya di negara itu, secara terbuka menyuarakan sokongan terhadap pencalonan Mohamed Mursi dari Ikhwan dalam pilihan raya presiden pada 2012.

Mursi memenangi pilihan raya itu, yang pertama diadakan secara demokratik sebelum tentera yang dipimpin presiden sekarang, Abdel Fatah al-Sisi, merampas kuasa setahun kemudian.


Peguam Aboutrika, Mohamed Osman berkata, keputusan memasukkan bekas bintang bola sepak itu dalam senarai pengganas bertentangan dengan undang-undang.

Pembekuan harta Aboutrika masih dikuatkuasa walaupun dua mahkamah mengarahkannya ditarik balik. – Agensi/myMetro Online

Kategori