Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Khairy Mahu Belia Malaysia...

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mahu 29 duta belia Malaysia...

Siti Nurhaliza Naik Jentolak...

INILAH dia, ikon penghibur terbaik yang patut dicontohi oleh selebriti-selebriti negara kita!Selain menghulur...

Patuhi SOP Ketika Game...

JOHOR BAHARU - Penyokong bola sepak diminta agar mematuhi sepenuhnya garis panduan serta...

Miti Harap Eksport F&B...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) mahu usahawan Malaysia mengambil...

Bekalan Air Di Lembah Klang Pulih Lewat Hari Ini

CYBERJAYA – Bekalan air di kawasan terlibat di Lembah Klang dijangka kembali pulih secara berperingkat bermula lewat hari ini selepas kerja-kerja penambahbaikan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) siap dilaksanakan pada 11 malam tadi.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Santiago berkata, kerja-kerja penambahbaikan yang bermula pada pukul 8 pagi semalam menepati tempoh jangkaan ditetapkan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dan SPAN.

“LRA SSP2 kini sedang dalam tempoh pemulihan dan pengoperasian semula yang dijangka mengambil masa sekitar 24 jam.

“Bekalan air dijangka kembali pulih secara berperingkat bermula lewat hari ini bergantung kepada lokasi sebagaimana dijadualkan Syabas sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Charles berkata, SPAN akan terus memantau secara rapi sepanjang tempoh henti tugas dan pengoperasian semula loji bagi memastikan bekalan air kembali dinikmati pengguna berdasarkan jadual yang dikeluarkan sebelum ini.


Henti tugas LRA SSP2 yang bermula semalam dikatakan menyebabkan gangguan bekalan air hingga 86 jam bergantung kepada lokasi dan kedudukan pengguna dengan melibatkan 620,835 akaun atau 4,143,465 pengguna di 577 kawasan.

Gangguan itu melibatkan Shah Alam, Klang, Kuala Lumpur, Petaling, Gombak, Kuala Langat serta Kuala Selangor.

Kategori