Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kesal Majikan Guna Pekerja...

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen (Imigresen) kesal dengan kedegilan sebilangan peniaga menggunakan khidmat...

UMNO-PAS Bakal Kerajaan Lebih...

ALOR SETAR - Kerjasama UMNO dan PAS akan membentuk sebuah kerajaan masa depan...

P.Pinang Diiktiraf Global Sebagai...

GEORGE TOWN - Usaha Kerajaan Ngeri Pulau Pinang menjadikan negeri itu bebas asap...

Mahkamah Tolak Pengendali Laman...

GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi di sini hari menolak permohonan difailkan pengendali laman...

Bekalan Air Bersih, Ubat Berkurangan

CARITA, Indonesia- Bantuan untuk mangsa tsunami di pesisir pantai Indonesia mulai diterima, hari ini tetapi sukarelawan memberi amaran bekalan air bersih dan ubat semakin berkurangan di pusat pemindahan yang sesak dengan ribuan mangsa.

Petugas kemanusiaan bimbang bakal berlaku krisis kesihatan ketika jumlah kematian akibat bencana gempa bumi itu meningkat hampir 400 orang dengan ribuan lagi mangsa yang kehilangan tempat tinggal terpaksa dipindahkan.

“Kebanyakan kanak-kanak demam, sakit kepala dan bekalan air tidak mencukupi,” kata Rizal Alimin, doktor yang bertugas untuk badan bukan kerajaan (NGO), Aksi Cepat Tanggap di sebuah sekolah yang dijadikan tempat perlindungan sementara.

“Bekalan ubat kami sedikit berbanding biasa, ia tidak sihat untuk mangsa pemindahan. Bekalan air juga tidak mencukupi. Mereka memerlukan makanan dan kebanyakan mangsa tidur di atas lantai,” katanya.

Ombak tsunami mengganas pada waktu malam dan amaran awal tsunami tidak dikeluarkan, memusnahkan hotel dan penempatan di kawasan pantai sekitar selatan Pulau Sumatera dan Jawa.

Angka terkini kematian masih kekal 373 orang dengan 1,459 mangsa cedera, manakala 128 masih hilang.

Pakar memberi amaran gelombang lebih dahsyat bakal melanda wilayah itu.

Lebih 5,000 mangsa ombak ganas itu masih takut untuk pulang ke rumah kerana bimbang bencana yang sama berulang.


“Saya sudah berada di sini sejak tiga hari lalu. Saya takut kerana rumah kami terlalu hampir dengan pantai,” kata Neng Sumarni,40, yang terpaksa tidur di lantai sekolah bersama suami dan tiga lagi anak-anak mereka bersama puluhan mangsa yang lain.

Seorang lagi sukarelawan kumpulan Tagana, Abu Salim berkata, petugas bantuan berusaha keras untuk menstabilkan situasi.

“Tumpuan utama kami hari ini adalah untuk membantu mangsa ditempatkan di pusat perlindungan sementara dengan menyediakan dapur dan mengagihkan bantuan ke setiap tempat serta khemah di tempat yang sesuai,” katanya.

Katanya, kebanyakan mangsa masih belum mendapat bekalan air bersih, ada yang melarikan diri ke kawasan tanah tinggi dan masih gagal menemui mereka. – AFP/myMetro Online

Kategori