Bekalan Air 95 Kawasan Hulu Langat, 61 Di KL Terjejas

19

KUALA LUMPUR – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan berlaku masalah teknikal ‘bandscreen’ atau Sistem Penapisan Air Mentah di Loji Rawatan Air Sungai Langat.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Air Selangor, Abdul Raof Ahmad, berkata kejadian itu mengakibatkan pengurangan pengeluaran air terawat sebanyak 179 juta liter sehari.

Sehubungan itu, tambah beliau, 95 kawasan di Hulu Langat dan 61 kawasan di Kuala Lumpur akan terkesan serta mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

“Jangka masa pemulihan tidak dapat ditentukan buat masa ini dan pihak kami akan mengemaskini status dari semasa ke semasa. Mohon maaf atas segala kesulitan dan segala usaha sedang diambil bagi mengatasi masalah ini.

“Anda juga boleh merujuk kepada aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com untuk maklumat serta status terkini,” katanya.