Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Peruntukan Bagi TVET Belum...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Nurul...

GRS, Warisan Sokong Kerajaan...

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Ketua Menteri Sabah,...

18 Ekor Buaya Terlepas...

JAKARTA - Lapan belas ekor buaya terlepas dari kandang apabila sebuah zoo di...

Gajah Tikam Mati Pelangan...

SEEKOR gajah telah menyebabkan kematian seorang lelaki dari Thailand apabila menikam mangsa dengan...

Bedah Siasat Kali Kedua Mayat CEO Cradle Fund 8 Oktober Ini

KUALA LUMPUR – Abang kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan, yang maut dalam kebakaran pada Jun lalu dilaporkan tidak berpuas hati dengan laporan bedah siasat oleh pihak patalogi Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang dikeluarkan sebelum ini.

Susulan dari itu, Polis Selangor, sudah berbincang dengan Pengarah Pendakwaan Negeri, untuk menjalankan prosedur mengikut Seksyen 336 Kanun Tatacara Jenayah, iaitu menggalikan kubur Nazrin bagi membolehkan bedah siasat mayat untuk kali kedua.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata permohonan sudah dilakukan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya di hadapan Majistret Tuan Nor Arifin Hisham, Jumaat lalu.

“Hari ini, mahkamah sudah mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Nazrin bagi tujuan melakukan bedah siasat yang akan dilaksanakan pada 8 Oktober ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengulas lanjut mengenai tarikh dan masa penggalian kubur akan dibuat disebabkan masih dalam perancangan. – BH Online

Kategori