Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Covid-19: Donald Trump Beku...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan pembekuan dana kepada Pertubuhan...

Sebutan Semula Kes Bung...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 4 Julai depan...

Tak Boleh Berhimpun Atau...

MELAKA - Polis hari ini mengingatkan para penyokong parti politik di negara ini...

Isu Komen Lucah, Wak...

HANYA disebabkan komen berbaur lucah di salah satu gambar Instagram milik Kilafairy, teruk...

Beckham Ke Malaysia, Jadi Duta Global AIA

BERITA gembira bagi peminat pasukan Manchaster United (MU), apabila pemain sayap berjersi nombor 7 pasukan itu, David Beckham bakal berkunjung ke Kuala Lumpur pada 22 September ini.

Kedatangan bintang bola sepak itu bersempena dengan program eksklusif AIA Vitality Wellness Festival oleh syarikat insurans AIA Malaysia. Dia bakal diterbangkan khas oleh syarikat insurans tersebut.

“Mulai minggu ini, lengkapkan tugasan penjagaan kesihatan atau senaman #BeBetter untuk memenangi pelbagai hadiah dan peluang bertemu Duta Global AIA, David Beckham,” kata penganjur dalam laman Facebook rasmi AIA Malaysia.

Tetapi lokasi dan butiran acara belum lagi dinyatakan oleh syarikat insurans tersebut. Namun kepastian sudah diberikan bahawa pemain bola berpengaruh dunia itu bakal berada di Kuala Lumpur pada 22 September depan.

AIA Malaysia juga mengadakan pertandingan di akaun Facebook AIA Malaysia dan menawarkan hadiah yang lumayan kepada pemenang. Para pemenang juga bakal mendapat peluang untuk beramah mesra Beckham.


Untuk pengetahuan umum, Beckham telah dilantik sebagai Duta Global AIA pada Mac yang lalu.

Kedatangan kali ini merupakan kunjungannya yang kedua selepas November 2014 yang lalu sempena menyambut ulang tahun sebuah jam berjenama mewah di Pavillion, Kuala Lumpur. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori