Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pilihan Raya: Semua Bahagian...

PENAMPANG - Majlis tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini mengarahkan semua bahagian...

Media Massa Ejen Penting...

MARANG - Peranan media massa penting sebagai ejen pembangunan negara dalam merealisasikan matlamat...

Tayang Gambar Cincin, Nelydia...

TINDAKAN pelakon, Nelydia Senrose memuat naik foto memaparkan cincin di jari manisnya di...

Filipina Roboh Tugu Peringatan...

MANILA - Pelbagai kumpulan menyuarakan kemarahan selepas sebuah tugu peringatan untuk wanita yang...

Beberapa Negara Mula Longgar Sekatan Pergerakan

BEIJING – Beberapa negara mula melonggarkan sekatan pergerakan ketika jumlah kes jangkitan Covid-19 dunia, kini melepasi tiga juga.

Daripada jumlah itu, hampir satu juta kes direkodkan di Amerika Syarikat (AS) sekali gus menjadikan negara terbabit sebagai paling terjejas dengan pandemik berkenaan.

Bagaimanapun, AS sudah mengambil langkah untuk membuka semula ekonominya dengan sesetengah negeri membenarkan kilang beroperasi susulan jangkaan kadar pengangguran akan mencecah 16 peratus pada bulan ini.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Itali pula membenarkan sesetengah kilang beroperasi semula pada 4 Mei, manakala Sepanyol kini membolehkan kanak-kanak berada di luar rumah dengan pemantauan orang dewasa.

The Guardian pula melaporkan New Zealand sudah menamatkan sekatan pergerakan yang ketat di negara itu apabila membenarkan rakyatnya kembali bekerja dan restoran pandu lalu dibuka semula, semalam.


Perdana Menterinya, Jacinda Ardern berkata, sekatan pergerakan yang ketat sebelum ini membantu mengekang penularan Covid-19 di negara itu sehingga merekodkan antara nisbah jangkitan untuk setiap 100,000 terendah dunia.

Dalam pada itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa pandemik itu tidak akan berakhir dalam masa terdekat dengan jumlah kes dijangka meningkat di Afrika. – Agensi

Kategori