Bomba Terus SAR Cari Mangsa Lemas Di Pantai Senok

BACHOK – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas ketika sedang menjala ikan di kuala Pantai Senok di sini, malam semalam.

Ketua BBP Bachok Penolong Penguasa Bomba Yus Heary Mahmud berkata pihaknya memulakan operasi tersebut sejak pukul 8 malam tadi dan akan menghentikannya selepas mangsa ditemui.

“Kita masih membuat gerakan mencari Aizat Safuan Ismail, 19, yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam semalam,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam semalam, Aizat Safuan bersama bapanya Ismail Harun, 45, dan rakannya, Nazizul Mubin Rosli, 15, sedang menjala di muka kuala pantai berkenaan sebelum mangsa terjatuh ke dalam laut.

Ismail dan Nazizul kemudiannya cuba menyelamatkan Aizat Safuan dan turut lemas namun berjaya diselamatkan oleh penduduk yang melihat kejadian tersebut sebelum kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk mendapatkan rawatan.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Bachok akan meneruskan gerakan mencari seorang mangsa yang masih hilang dalam kejadian lemas ketika menjala ikan di sungai Kuala Pantai Senak di sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, PPGB, Yus Heary Mahmud berkata, mangsa Aizat Safuan Ismail, 19, disyaki hanyut di bawa arus ke laut selepas terjatuh dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8 malam tadi.

“Bapanya Ismail Harun, 45, dan rakan mangsa Nazizul Mubin Rosli, 15, yang hampir lemas ketika cuba menyelamatkan Aizat diselamatkan oleh penduduk kampung yang melihat kejadian itu,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Yus Heary berkata, kedua-dua yang terselamat di kejarkan ke Hospital Universiti Sains Kubang Krian (USM) untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya masih lagi trauma.

Beliau berkata, lapan anggota Bomba dan Penyelamat Bachok melancarkan gerakan mencari selepas menerima laporan pukul 806 sehingga lewat malam termasuk di persisiran pantai berkenaan.

“Pagi ini kita sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak yang berkaitan bagi meneruskan gerakan mencari di sepanjang pantai itu,” katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Loading...