Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pahang Tak Naikkan Had...

KUANTAN - Kerajaan Pahang tidak akan menaikkan had umur minimum perkahwinan kepada 18...

Arab Saudi Pindah Senjata...

WASHINGTON – Arab Saudi memindahkan sen­jata berat termasuk me­riam ke kawas­an sempadannya de­kat...

Bank Dunia Naikkan Unjuran...

KUALA LUMPUR - Bank Dunia menyemak naik unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar...

MBMB Rampas 197 Unit...

MELAKA - Sebanyak 197 unit komputer dirampas dalam serbuan di premis kafe siber...

Bazar Ramadan Lorong TAR Dapat Bantahan, Aduan

KUALA LUMPUR – Lokasi baharu bazar Ramadan di Jalan Raja di sini bagi menggantikan bazar di lorong Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) / Jalan Masjid India, akan memberi lebih keselesaan kepada pengunjung dan juga peniaga, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Shahruddin Md Salleh.

Beliau berkata, lokasi baharu itu akan menyaksikan bazar yang lebih bersih, cantik, menggunakan khemah besar dan petak meniaga lebih luas, selain kawasan jalan kaki lebih baik, sekali gus menjadikannya tersusun dan teratur, berbanding lokasi lama.

Katanya, lokasi asal tidak lagi sesuai memandangkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapat banyak bantahan dan aduan daripada pemilik premis kedai berhampiran, selain isu kesesakan lalu lintas yang teruk dan juga masalah longgokan sampah sarap.

“Antara isu yang dibangkitkan seperti laluan masuk premis kedai berhampiran yang terhalang dan terganggu, kesesakan lalu lintas kerana ribuan pengunjung bazar oleh kerana banyaknya kenderaan masuk ke kawasan tersebut dan juga isu kebersihan persekitaran dengan longgokan sampah sarap ekoran peningkatan pengunjung dan aktiviti perniagaan di kawasan tersebut.

“Selain itu, sekarang ini terdapat aktiviti pembinaan siar pejalan kaki yang sedang giat dijalankan di kawasan Jalan TAR, lorong TAR dan juga Jalan Masjid India, makanya sudah tentu akan memberi kesukaran kepada pengunjung ke bazar tersebut dan kita tidak mahu berlaku kemalangan dan sebagainya,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) yang ingin tahu sebab-sebab penutupan Bazar Rakyat di Jalan TAR yang sering menjadi tumpuan orang Melayu dan juga India ketika musim perayaan.

Kategori