Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Banjir: Jumlah Mangsa Di...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Pahang, Perak, Kelantan dan Selangor semakin baik...

Bantuan Persekolahan RM100, Baucar...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meneruskan bantuan persekolahan RM100 bagi pelajar sekolah dan...

Operasi Banteras Penerokaan Haram...

PETALING JAYA - Operasi membanteras penerokaan tanah dan hutan secara haram di Cameron...

Kementerian Kerja Raya Anjur...

KUCHING – ​​​​​​Kementerian Kerja Raya dengan kerjasama Rakan Penyampai Projek (PDP) iaitu Lebuhraya...

Bazar Mega Klebang Pasar Terpanjang Di Malaysia

MELAKA – Bazar Mega Klebang di sini yang kini menjadi tumpuan pengunjung dari seluruh negara membeli kelengkapan sempena Hari Raya Aidilfitri mungkin menjadi bazar terpanjang di Malaysia iaitu sejauh kira-kira dua kilometer, pada tahun ini.

Penganjurnya, Mohd. Nasir Mamat berkata, bazar tersebut menempatkan seramai 400 peniaga dengan jumlah gerai sebanyak 360 buah untuk dikunjungi pelanggan.

Katanya, lokasi itu mendapat permintaan tinggi para peniaga seluruh negara untuk dijadikan tempat himpunan jualan pelbagai barangan kerana kedudukannya yang mudah diakses dan kemudahan tempat letak kenderaan bagi pengunjung.

“Pada tahun ini jumlah penyertaan meningkat kira-kira 20 peratus berbanding tahun lalu dengan seramai 400 peniaga dihimpunkan di Bazar Mega Klebang pada tahun ini.

“Jarak bazar ini adalah sejauh kira-kira dua kilometer dan setakat ini kita berharap ia diiktiraf menjadi yang terpanjang di Malaysia. Kawasan ini juga menyediakan 1,200 tempat letak kenderaan dalam satu-satu masa,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd. Nasir berkata, pihaknya sedang memohon mendapatkan pengiktirafan Malaysia Book Of Records untuk Bazar Aidilfitri terpanjang dalam negara.

Sementara itu, beliau memberitahu, pihaknya menyasarkan jumlah pengunjung seramai 1 juta orang sepanjang bazar itu dibuka dari awal Ramadan sehingga malam Hari Raya.

“Selain mencari kelengkapan, pengunjung juga boleh menyertai aktiviti cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai barang menarik termasuk hadiah utama sebuah kereta jenis Perodua Axia, motosikal Modenas Kriss, 20 buah basikal dan peralatan elektronik bernilai lebih RM70,000.


“Bazar ini dibuka dari pukul 7 malam hingga 3 pagi setiap hari manakala pada malam Hari Raya ia dibuka sehingga lewat pagi,” katanya.

Bagi salah seorang pengunjung, Rohaida Mohd. Salehan, 48, dia dan keluarga datang ke Melaka dari Shah Alam, Selangor semata-mata untuk mengunjungi bazar itu selepas ia tular dalam Facebook.

“Saya sampai di Melaka kira-kira pukul 7 malam tadi untuk berbuka puasa sebelum ke bazar ini. Terlalu banyak pilihan di sini sehingga menjadi rambang mata untuk membeli,” katanya.

Seorang penuntut Akademi Laut Malaysia, Abd. Hafiz Sulaiman, 21, dari Johor pula memberitahu, dia terkejut dengan lambakan barangan keperluan hari raya di bazar itu dan pertama kali berjalan sejauh dua kilometer di dalam bazar. – K! ONLINE

Kategori