Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Trump Dakwa Amerika Syarikat...

SEOUL/WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata Korea Utara tidak lagi menimbulkan...

SPRM Bongkar Perlombongan Haram...

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk penjawat awam,...

Pakar Kardiologi Presiden Baharu...

KUCHING - Pakar kardiologi Datuk Dr Sim Kui Hian dipilih sebagai presiden baharu...

Google Arah 10,000 Staf...

LONDON - Enjin pencarian maya terkemuka, Google, menyediakan 10,000 kakitangan hanya untuk memantau...

Bayi ‘Telan’ Ular Hidup-Hidup Diselamatkan Ibu

AJAIB… Seorang bayi perempuan hanya mengalami masalah membuang air besar dan sering muntah-muntah selepas makan seekor ular yang masuk ke dalam rumahnya, baru-baru ini.

Kejadian berlaku di Serang, Indonesia sebenarnya bermula kira-kira dua minggu lalu apabila ibu bayi berusia 18 bulan itu, Arsanah melihat anaknya sedang mengunyah sesuatu.

Ketika membuka mulut anaknya, dia melihat ekor ular dan cuba menarik keluar ekor tersebut sebelum dibawa ke klinik berdekatan dan dirujuk ke Hospital Dradjat Prawiranegara.

Selepas kejadian itu, anaknya sering muntah dengan mengeluarkan sedikit darah dan sisik dipercayai daripada kulit ular tersebut.

Arsanah yang tinggal di sebuah rumah kecil di tengah sawah padi sering melihat ular melalui kawasan berkenaan.


Kini, keadaan bayi perempuannya semakin pulih dan memerlukan rawatan susulan bagi memastikan kesihatan anaknya pulih sepenuhnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori