Bayi Sam & Syatilla Senyum Ketika Ultrasound

SIAPA yang tidak teruja apabila anak yang dikandung memberikan senyuman ketika melakukan imbasan ultrasound.

Ini yang berlaku terhadap pelakon Syatilla Melvin yang berkongsi kegembiraannya bersama peminat menerusi Instagram miliknya.

Isteri kepada Shaheizy Sam itu berkongsi sekeping foto imbasan ultrasound bayinya yang kelihatan seperti tersenyum.

Bayi Sam & Syatilla Tersenyum Ketika Ultrasound

“Tadi pi tengok dia, sekali dia senyum laaa kat mak pak dia…haih doakan yang baik2 naa.amin,” tulisnya yang kini sedang hamil anak sulung.

Entri yang mendapat lebih 16,663 like dan 127 komen itu menarik perhatian netizen yang rata-rata kagum dengan kejadian tersebut.

Pengikut laman sosial juga turut mendoakan agar segala urusan Syatilla dipermudahkan sehingga dia melahirkan nanti.

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin mendirikan rumah tangga pada 7 Februari tahun lalu di Bukit Jawi Golf Resort, Nibong Tebal, Pulau Pinang selepas 6 tahun berkenalan. – MYNEWSHUB.CC