Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kes Buli SMK Bandar...

GEORGE TOWN - Kementerian Pendidikan sudah menyelesaikan kes buli dan samseng yang didakwa...

“Ini Cucu Saya Nombor...

MARAN - Kelibat kanak-kanak perempuan berpakaian serba merah yang berdiri di pintu pagar...

Pelita Rancang Buka Tiga...

BUTTERWORTH - Pelita Samudera Sdn. Bhd. yang juga pemilik rangkaian Restoran Nasi Kandar...

Dinar Tertera Nama Allah,...

LONDON - Saiznya mungkin wang syiling satu euro namun dinar berusia 1,200 tahun...

Bayi Rambut Lebat Wajah Baru Pantene

TOKYO – Bayi perempuan rambut lebat yang pernah menjadi perhatian di Internet kini mula mencipta nama sebagai salah satu wajah terkenal di Jepun menerusi jenama Pantene.

Baby Chanco yang berusia setahun itu mula dikenali di Instagram sejak enam bulan lalu selepas ibunya memuat naik gambar bayi comel terbabit.

Wajahnya kini terpapar dalam iklan Pantene bersama pengacara televisyen terkenal Jepun, Sato Kondo, lapor Daily Mail.

Gambar pertama itu dikeluarkan menerusi kempen Pantene #HairWeGo My Hair Moves Me Forward di akhbar utama, Asahi Shimbun pada 7 Januari lalu.

Presiden penjagaan rambut dan kecantikan antarabangsa di P&G, Alex Keith dilaporkan sebelum itu ternampak satu artikel ditulis mengenai Chanco serta mahu dia dijadikan sebagai wajah kempen Pantene.


Rambut bayi yang tinggal di Jepun itu dikatakan mula tumbuh dengan lebat sejak Disember 2017.

Ibunya aktif di media sosial apabila sering memuat naik gambar terbaru anaknya setiap minggu untuk tatapan 300,000 pengikut akaun Instagram itu. – Daily Mail

Kategori