Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Eka Sharif Bakal Tamat...

NAMA Eka Sharif mungkin jarang-jarang didengari di corong-corong radio. Tetapi namanya menjadi amat...

Susu Unta Diadun Bersama...

SERDANG - Produk susu unta yang diformulasikan dengan campuran bahan makanan sunnah, antara...

“Saya Ada Tengok Cermin...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin kenyataan pedas yang dikeluarkan, Datuk...

Selepas Izzah, Hassan Karim...

ANGGOTA Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menolak pelantikan jawatannya sebagai Pengerusi PKR...

Bayi Masih Bertali Pusat Ditemui Dalam Kain Wanita Mati Bunuh Diri

SEORANG wanita yang sarat mengandung menggantung dirinya sehingg mati dalam satu kejadian di India.

Lebih mengejutkan, pemeriksaan polis mendapati dia sempat melahirkan anaknya sebelum mati.

Polis menemui bayi itu yang masih hidup dan lengkap dengan tali pusat, sedang tergantung dalam kain sari milik ibunya.

Kejadian itu berlaku Katni, Madhya Pradesh pada pagi, Khamis lalu.

Kejadian disedari suaminya sebelum dia menghubungi pihak berkuasa.


“Apabila kami tiba, kami memeriksa badan wanita itu, dan kemudiannya kami nampak seperti ada bayi terjuntai dalam kain mangsa dengan tali pusat.

“Kami bersihkan bayi, balut dengan kain dan terus bawa ke hospital untuk rawatan,” ujar seorang wakil pihak berkuasa.

Polis bagaimanapun tidak dapat mengenal pasti motif wanita yang dikenali sebagai Laxmi Thakur itu membunuh diri.- Mirror.UK/mStar Online

Kategori