Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PLUS Tawar Rebat Tol...

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menawarkan rebat tol sehingga 50 peratus...

Kehadiran Pelajar Ke Sekolah...

PUTRAJAYA : Kehadiran murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan...

As’ad Motawh Bakal Jadi...

SEKITAR hujung tahun lalu, penyanyi muda, As’ad Motawh menerima kecaman hebat daripada netizen...

Penipu Ini Dijatuhi Hukuman...

BANGKOK - Mahkamah Thailand menjatuhkan hukuman penjara selama 13,275 tahun kepada seorang lelaki...

Bayi Lemas Dalam Baldi: Ibu Terkilan Kecuaian Taska

SHAH ALAM – Ibu kepada Abdul Rayyan Mijan, sembilan bulan yang lemas di dalam baldi di Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Seksyen 32 di sini meluahkan rasa terkilan kepada pihak taska itu sehingga menyebabkan kematian anaknya.

Royani Masda, 37, berkata, perkara itu sepatutnya tidak berlaku apabila anaknya tanpa jagaan telah merangkak sendirian memasuki tandas yang dipercayai pintunya tidak berkunci. 

Dia yang berasal dari Medan, Indonesia memberitahu seharusnya pihak taska lebih mengambil berat susulan hanya anaknya sahaja berkategori bayi berbanding anak asuhan lain yang telah berusia setahun hingga tiga tahun. 

“Saya reda pemergian Abdul Rayyan cuma kesal terhadap kecuaian pihak taska. 

“Empat tahun saya menunggu selepas berkahwin untuk dikurniakan Abdul Rayyan yang dilahirkan di sebuah hospital swasta di daerah ini namun semuanya hilang sekelip mata,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Kebun di sini hari ini. 

Royani yang merupakan ibu tunggal selepas berpisah dengan suaminya yang juga warga Indonesia setahun yang lalu. 

Menurut Royani yang telah tinggal di negara ini sejak lapan tahun lalu, dia mengetahui taska tersebut daripada salah seorang kakaknya yang sebelum ini menghantar anak saudaranya, Affandi Kamal, 5, di situ untuk diasuh selama sebulan, dua tahun lalu. 

“Saya mempercayakan taska tersebut bagi menjaga anak saya dalam memastikan Abdul Rayyan dapat bergaul dengan kanak-kanak di situ. 


“Sehingga kini, saya masih pelik bagaimana anak saya boleh dibiarkan tanpa jagaan merangkak ke tandas. Adakah mereka membuat kerja asuhan sambil lewa,” katanya. 

Mengulas lebih lanjut, Royani berkata, tiada sebarang perubahan ketara daripada anaknya sebelum kejadian dan dia menghantar Abdul Rayyan menggunakan motosikal dengan cara menggendong memakai beg bayi.

“Cuma abang sepupunya, Affandi yang rapat dengan arwah pernah bermimpi Abdul Rayyan hilang tanpa sebab, sebulan lalu. 

“Pada hari kejadian juga, naluri saya menegaskan bahawa anak saya telah tidak bernyawa selepas dibawa ke sebuah klinik desa di Jalan Kebun menggunakan ambulan oleh pemilik taska,” katanya. 

Kosmo! Online terdahulu melaporkan seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan ditemui lemas tersembam di dalam baldi tandas sebuah taska di Seksyen 32, di sini. 

Abdul Rayyan Mijan, ditemui tidak sedarkan diri oleh salah seorang pengasuh taska berkenaan selepas dipercayai merangkak ke dalam tandas yang tidak dikunci pintunya. – K! ONLINE

Kategori