Bayi Kembar Siam 2 Kepala Kongsi Satu Tubuh Kritikal

SANA – Pasangan kembar siam yang dilahirkan di sini dengan keadaan dicephalus parapagus iaitu dua kepala berkongsi satu badan kini bertarung untuk hidup, menurut doktor.

Kembar itu, Abdul-Khaliq dan Abdul-Rahim dianggap sebagai satu kes unik kerana memiliki masing-masing dua jantung, paru-paru, perut dan tulang belakang selain dua kepala. Mereka berkongsi tulang pelvis bersama sepasang tangan dan kaki.

Menurut laporan, kembar lelaki istimewa itu dilahirkan menerusi pembedahan di Hospital Al-Thawra di sini pada bulan lalu dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan. Kembar siam itu berada dalam keadaan stabil.

Doktor pakar meramalkan kesihatan mereka akan merosot jika tidak mendapatkan rawatan perubatan di luar negara. Ia berikutan kekurangan kemudahan perubatan selain kepakaran doktor di Yemen.

Bapa kembar itu, Akram Ali Ahmed, 20, enggan anaknya dipisahkan kerana bimbang salah seorang akan meninggal dunia. – Agensi

Loading...