Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Akibat Kecuaian Hospital, Wanita...

SEORANG wanita terpaksa menanggung kepedihan apabila kehilangan anak yang dikandungkan berbulan-bulan disebabkan kecuaian...

Kemas Sasar 300 Tadika...

KUALA NERUS - Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) menyasarkan 300 tadika Kemas di seluruh...

APMM Lumpuhkan Cubaan Seludup...

KOTA TINGGI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 7 Tanjung Sedili...

Bertudung Atau Tidak, Itu...

MENERUSI program bual bicara santai, Obviously Harith Iskander (OHI) yang disiarkan semalam, Tengku...

Bayi Hidup Semula Sebelum Dikebumikan

NEW DELHI – Satu pasangan suami isteri terkejut apabila bayi mereka yang meninggal dunia tidak lama selepas dilahirkan tiba-tiba hidup semula ketika dibawa untuk dikebumikan.

Varsha Bidawat, 21, melahirkan sepasang bayi kembar tidak seiras yang tidak cukup bulan di sebuah hospital swasta di Shalimar Bagh pada 30 November lalu.

Bayi perempuan disahkan meninggal dunia tidak lama selepas dilahirkan dan bayi lelaki itu pula meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Suami Varsh, Aashish Kumar berkata, selepas memaklumkan kematian anak kembarnya, doktor membungkus mayat bayi itu dan diletakkan di dalam plastik.

Ujarnya, ketika mayat anaknya dibawa ke tempat pengebumian tiba-tiba plastik yang mengandungi bayi lelaki tiba-tiba bergerak.

“Kami terus menghentikan kereta dan membuka bungkusan itu sebelum mendapati bayi itu bergerak-gerak.


“Kami kemudian terus bergegas ke sebuah hospital berhampiran dan doktor memaklumkan bayi lelaki itu masih hidup,” katanya.

Ujarnya, bayi seberat 75 gram itu kini ditempatkan di unit rawatan rapi untuk kanak-kanak.

Sementara itu, pihak berkuasa memberitahu, kes itu sedang disiasat dan pihak hospital terbabit mungkin dikenakan tindakan sekiranya didapati cuai. – Agensi/myMetro Online

Kategori