Bayi Diberi Susu Formula Seawal 4 Bulan Berisiko Obesiti

BAYI yang diberi susu formula dalam tempoh empat bulan selepas dilahirkan berisiko untuk mengalami obesiti.

Begitulah hasil kajian terbaharu yang dijalankan oleh Universiti New Western Sydney (WSU).

Dalam kajian itu, mereka mendedahkan 82 peratus ibu bertindak memberi susu formula dalam tempoh yang terlalu awal kepada bayi mereka.

Antara dapatan kajian lain termasuklah bayi yang diberi susu badan dalam enam bulan pertama berupaya mengurangkan risiko penyakit diabetes.

“Kami menyarankan agar ibu terus memberi susu badan untuk empat ke enam bulan,” ujar Dr. Mannan.

Katanya, penyelidikan selama 10 tahun itu dijalankan ke atas 346 bayi.

Dalam pada itu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) turut menyarankan agar ibu memberi susu badan dan makanan nutrisi lain sehingga bayi mereka berusia dua tahun atau lebih. – Daily Mail

Loading...