Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

MH17: 4 Defendan Dibicara...

AMSTERDAM - Seperti yang dijangkakan, tidak seorang pun tertuduh daripada empat lelaki yang menghadapi...

Anjing Rottweiler Digelar ‘Robodog’...

SEEKOR anjing baka Rottweiler digelar 'Robodog' kerana menggunakan empat kaki palsu selepas kakinya dipotong...

Shafie Tidak Kisah Hilang...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau...

Harga Kereta CKD Diramal...

SHAH ALAM - Beberapa penjual kereta meramalkan harga kenderaan pemasangan tempatan (CKD) meningkat...

Bayi Ajaib Lahir Lewat 17 Hari Lepas Kematian Kembar

DILAHIRKAN lewat 17 hari selepas kelahiran kembarnya, seorang bayi dijangka tidak dapat bertahan lama.

Ramalan itu dibuat kerana kembarnya meninggal dunia sejurus dilahirkan ibu mereka.

Namun, semua itu hanyalah ramalan doktor yang dibuat berdasarkan pengetahuan perubatan mereka.

Ajaibnya, bayi itu sihat seperti bayi normal lain dan lebih manis, dia baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran pertama, baru-baru ini.

Sambutan hari lahir pertama Lexie.

Mengimbas kelahirannya, Lexie Sienna Bryant bertahan di dalam rahim ibunya selama lebih dua minggu.

Selepas menghabiskan 100 hari di unit rawatan rapi, Lexie dibenarkan pulang ke rumah.

Namun, dia bergantung pada wayar untuk makan dan bernafas.


Siapa sangka, dia semakin kuat sehingga sihat seperti bayi-bayi lain.

“Kami bangga dengan dia, Lexie begitu berharga untuk saya.

“Dia sangat ajaib, dah mula merangkak dan boleh duduk, bangga sangat,” ujar ibunya. – Mirror.UK

Kategori