Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lokap Di Seluruh Negara...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah melaksanakan proses pembersihan atau...

Proses Pengundian Tapak Bazar...

PROSES pengundian tapak bazar Ramadan bertukar kecoh apabila kira-kira 300 peniaga membantah pemindahan...

Wanita Bunuh Anjing Akhirnya...

SEORANG anggota tentera wanita yang merakamkan gambar seekor anjing yang dikat di pokok...

Pelajar Maut Kereta Terbabas...

KUANTAN - Seorang pelajar sebuah kolej swasta maut manakala seorang lagi cedera parah...

Bayaran Terlalu Rendah Hina Pelakon Veteran

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Pelakon dan pelawak veteran yang memenangi banyak anugerah, Jalil Hamid kecewa dan kesal dengan sikap pihak produksi yang seolah menghina bakat berlakon golongan sepertinya apabila menawarkan bayaran yang terlalu rendah.

Berkata kepada UTUSAN ONLINE, Jalil mendedahkan yang dia menerima tawaran berlakon bagi sebuah drama berepisod dengan bayaran hanya RM1,500 bagi lakonan 12 babak daripada keseluruhan 16 yang ada.

“Bayangkan saya memegang watak utama dalam episod yang berdurasi setengah jam tersebut. Adakah RM1,500 setimpal dengan bayaran yang ditawarkan?

“Saya bukan meminta bayaran tinggi melampau tetapi biarlah seimbang dengan bakat yang saya ada. Sebabnya saya bukan buat kerja main-main, buktinya sudah ada dalam setiap lakonan saya,” kata Jalil dengan nada kesal.

Luahan Jalil terhadap isu bayaran itu juga dikongsi menerusi Facebook miliknya sehingga mendapat pelbagai pelbagai daripada warganet termasuk rakan-rakan artis sendiri.

Tambah Jalil, 62, dia terpaksa menolak tawaran tersebut yang dianggap menghina kerjaya dan bakatnya sementelah dia sendiri telah bergelumang dengan dunia seni selama 47 tahun.

“Ini bukan kali pertama berlaku kepada saya tetapi sudah beberapa kali, Adakah mereka menganggap pelakon veteran ini kerana sudah tua, maka sekadar tempelan semata-mata di dalam sebuah drama?


“Sedangkan kami buat kerja dengan usaha dan sepenuh hati. Janganlah dinilai begitu rendah sehingga langsung tiada harga diri pada diri kami.

“Saya menolak tawaran tersebut bukan kerana besar diri tetapi rasa sedih seolah-olah dihina dengan segala pengalaman yang ada selama ini,” kata Jalil yang sebelum ini pernah memenangi beberapa anugerah menerusi drama dan filem termasuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada tahun 1997.

Tambah Jalil, sepanjang dirinya bergelar pelakon, tidak ada pembelaan yang wajar daripada stesen televisyen agar memperuntukkan slot yang sesuai dengan pengkarya veteran seperti mereka.

“Pelakon tua dan veteran seperti kami ini tidak ada ruang untuk tampil di kaca TV sebab tidak ada slot khusus untuk kami. Harapan saya agar stesen TV menghasilkan slot untuk pelakon veteran tetapi berbakat besar kerana kami juga perlu bekerja dan menampung hidup seperti orang lain,” kata Jalil Hamid. – UTUSAN ONLINE

Kategori