Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bak Haiwan, Pasangan Kekasih...

SEPASANG kekasih tanpa segan silu melakukan hubungan seks dalam sebuah gerabak kereta api...

Suka Bantu Rakan, Rahsia...

JOHOR BAHRU - Sikap suka membantu dan memberi tunjuk ajar kepada rakan yang...

Salah Guna Kuasa: Pegawai...

KOTA KINABALU - Seorang pegawai kanan polis hari ini mengaku tidak bersalah di...

Nazri Aziz Rasmi Magic...

PUTRAJAYA - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz malam...

Bayaran BNM, Khazanah Diguna Bayar Hutang 1MDB

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MoF) mengesahkan laporan yang disiarkan The Wall Street Journal dan Reuters mengenai pembayaran yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Khazanah Nasional Bhd. kepada kementerian berkenaan, yang kemudiannya diguna untuk pembayaran hutang 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Pada Selasa lepas, MoF melalui satu kenyataan, mendedahkan yang kementerian berkenaan telah membuat bayaran bagi pihak 1MDB berjumlah RM6.97 bilion disebabkan ketidakmampuan 1MDB untuk membayar.

Jumlah itu termasuk pembayaran yang dibuat kepada International Petroleum Investment Co. (IPIC) Abu Dhabi sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian RM5.05 bilion, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam kenyataan itu.

Sumber untuk pembayaran yang dibuat kepada IPIC/Aabar dan bagi pihak 1MDB termasuk, penebusan Saham Keutamaan Boleh Tukar Kumulatif Boleh Tebus Sukuk oleh Khazanah berjumlah RM1.199 bilion dan penjualan Lot 41, Seksyen 51, Bandaraya Kuala Lumpur kepada Bank Negara Malaysia berjumlah RM2.066 bilion.

Pada 14 Disember 2017, MoF menerusi syarikat milik penuh tidak langsung, Properties Mampan Sdn. Bhd., telah menandatangani perjanjian jual beli dengan BNM untuk menjual sebidang tanah yang terletak bersebelahan Sasana Kijang. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • 1MDB

Kategori