Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri Dipercayai Dibunuh,...

NILAI – Sepasang suami isteri warga emas ditemukan mati dalam kebakaran di Taman...

Zuraida Harap Kekal Dalam...

SUNGAI SIPUT – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berharap dapat...

3 Ahli Keluarga Bekas...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyelamatkan tiga anggota keluarga bekas pengganas...

Kostum Famili Timberlake Jadi...

TANGGAL 31 Oktober setiap tahun, perayaan Halloween diraikan dengan penuh meriah di kebanyakan...

“Bayar Balik Pinjaman Mara Ikut Kadar Lama”

LEGA… Majlis Amanah Rakyat (Mara) sebenarnya sudah lama membatalkan rancangan untuk menaikkan kadar pembayaran balik pinjaman pendidikan daripada RM100 kepada RM700.

“Perkara tersebut telah dibatalkan. Bayar balik seperti ikut kadar yang lama,” tegas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dipetik oleh sebuah portal berita tempatan pada Rabu.

Terdahulu, beliau berkata cadangan tersebut sebetulnya belum lagi diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Mara. Pihak agensi itu turut menafikan berlaku kenaikan bayaran tersebut menerusi satu kenyataan di laman Twitter semalam.

“Tiada rombakan (kenaikan kadar), ia masih lagi kekal (pembayaran balik pinjaman). Itu hanya cadangan di peringkat pegawai. Belum pun dibawa apatah lagi konon diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Mara.

“Mara pun sudah menafikan dakwaan konon ada kenaikan mendadak bayaran balik pinjaman pelajaran Mara yang dikatakan meningkat dari RM100 ke RM700 sebagaimana yang tersebar di media sosial,” jelas Ismail.

Isu berkenaan tular melalui media sosial apabila aduan oleh seorang graduan yang meminjam dana pendidikan Mara dikongsi secara meluas menerusi Twitter oleh Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Pelajar tersebut mengadu bahawa bahawa beliau perlu membayar semula pinjaman sebanyak RM700 setiap bulan kepada pihak Mara, iaitu kadar lebih tinggi berbanding hanya RM100 seperti termaktub dalam perjanjian asal.

Menerusi kenyataan di media sosial hari ini, Mara turut menjelaskan bahawa pelajar hanya perlu memohon untuk mengurangkan pembayaran balik pinjaman pendidikan mereka dengan melalui beberapa prosedur standard.


“Untuk makluman, seramai 3,514 orang pelajar yang baru tamat pengajian telah menerima jadual bayaran balik pinjaman sebelum diberi pengurangan, di mana pelajar perlu memohon untuk mendapat keistimewaan ini.

“Justeru, jadual bayaran balik selepas pengurangan akan dikeluarkan setelah pelajar memohon pengurangan dengan memuat naik transkrip akademik secara atas talian melalui pautan e-Baki di portal Mara,” kata agensi itu.

Mara turut menegaskan bahawa agensi itu sentiasa berusaha meringankan bebanan bayaran balik pinjaman. Sebagai contoh, jumlah pembiayaan penuh bagi seorang pelajar perubatan adalah sebanyak RM1 juta.

Bagaimanapun selepas pengurangan kadar, pelajar hanya perlu membayar balik sebanyak RM150,000 sahaja malah ia boleh ditukar menjadi biasiswa penuh sekiranya graduan tersebut meraih tahap cemerlang dalam peperiksaan.

“Pinjaman pelajaran Mara merupakan pinjaman boleh ubah serta tertakluk kepada terma dan syarat yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa,” jelas kenyataan tersebut lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori