Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Waspada! Sila Periksa Alat...

KISAH ini bukan sesuatu yang asing namun sila ambil iktibar atas kejadian ini.Seorang...

Alexis Sanchez Tidak Akan...

ARSENAL memberitahu Alexis Sanchez bahawa dia tidak akan dijual kepada mana-mana kelab di...

Ini Baru Pogba –...

MANCHESTER, England - Ole Gunnar Solskjaer yakin Manchester United kini melihat Paul Pogba...

Angka Maut Kebakaran Hutan...

LOS ANGELES - Jumlah kematian akibat kebakaran hutan di California Amerika Syarikat meningkat...

Bawaan ‘Islamofasisme’ Tun M-Anwar Merisaukan

KERJASAMA baru antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditakuti akan memulakan semula pendekatan “Islamofasisme” yang pernah dibawa oleh mereka ketika masing-masing memegang jawatan timbalan perdana menteri dan perdana menteri 20 tahun lalu.

Demikian pendapat Tawfik Ismail, anak sulung bekas timbalan perdana menteri era 70-an, Tun Ismail Abdul Rahman, yang khuatir jika Dr. Mahathir dan Anwar akan menghidupkan semula pendekatan Islam versi mereka yang menurutnya “melemaskan”.

Bekas ahli Parlimen Barisan Nasional di Sungai Benut itu turut mempersoalkan gesaan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) yang meminta Anwar menyelesaikan perjuangannya membawa wawasan Islam demokrat.

Pada 16 Mei lalu, Mohamad Raimi Abdul Rahim yang merupakan presiden Abim mengatakan Anwar merupakan antara pemimpin Islam awal yang mencetuskan idea untuk membentuk konsep demokrasi Islam dalam masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia.

Kata Tawfik lagi, Raimi silap dalam mengusulkan bahawa pendekatan Islam Anwar adalah sesuai kerana Malaysia masih lagi menderitai kesan percubaan gabungan Mahathir-Anwar untuk menjadi “lebih Islam” daripada PAS.

“Mahathir-Anwar bertindak terlalu jauh dengan dasar ‘Penerapan Nilai-nilai Islam’ mereka,” katanya merujuk dasar rasmi pentadbiran BN pada era 80-an.

“Ia mengelirukan. Mereka menubuhkan institusi seperti Institut Kefahaman Islam Malaysia dan Biro Tata Negara, yang menerobos masuk ke dalam kehidupan peribadi orang ramai dan menjadikan dosa peribadi sebagai jenayah.

“Ini membunuh kreativiti dan kebebasan berfikir orang Melayu dan melahirkan sikap bergantung kepada individu tertentu,” kata beliau dalam laporan FMT.

Beliau berkata, sebarang usaha untuk mengetengahkan prinsip Islam sebagai nilai yang boleh diamalkan semua hendaklah dihadkan di peringkat negeri.


“Abim perlu menjual idea mereka kepada negeri-negeri. Di situlah tempat agama.

“Kita ada agama lain selain Islam yang diamalkan dalam negara ini. Kita ada ahli Parlimen daripada pelbagai kepercayaan. Oleh sebab itu dan atas kepentingan keharmonian, kerajaan persekutuan mesti bersifat sekular, mentadbir dengan adil untuk semua.”

Tawfik bertanyakan pendirian parti komponen Pakatan Harapan (PH) di Sabah dan Sarawak berkaitan haluan Islam di bawah Mahathir dan Anwar.

“Bila mereka membawa Mahathir ke dalam PH, apakah mereka lupa bahawa Islamofasisme merupakan ciri pentadbiran Mahathir-Anwar dahulu?”

Beliau juga menolak pendangan kumpulan Islam yang mendakwa Islamisasi hanya melibatkan orang Islam.

“Keghairahan beragama merupakan faktor penting yang menghalang orang Melayu mencapai potensi sebenar mereka,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori