Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sindiket Seludup Migran Rentas...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan sindiket penyeludupan migran rentas sempadan yang...

Tangan Hampir Putus Ketika...

Kota Bharu : "Saya tidak menyangka pelanggan yang sebelum ini pernah datang ke...

Persatuan Syarikat Konsesi Lebuh...

KUALA LUMPUR - Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuh Raya Malaysia (PSKLM) bersedia mengadakan perbincangan...

Pengisytiharan Seremban Sebagai Bandaraya...

SEREMBAN - Pengisytiharan Seremban sebagai bandaraya yang dijadualkan pada Januari tahun depan akan...

Bawa ‘Mayat’ Ke Kelas, Cikgu Ini Digelar Paling Kreatif

SEORANG guru Bahasa Inggeris dari sebuah sekolah di Sarawak kini mendapat perhatian netizen menerusi laman sosial.

Berbeza dengan kebiasaan guru yang lain menggunakan papan putih, cikgu bernama Raee Yeoh pula lebih gemar menggunakan pendekatan kreatif bagi membantu pelajarnya bersedia menghadapi peperiksaan akhir tahun.

Kisahnya menjadi viral selepas dia memuat naik gambar teknik pembelajarannya meminta pelajar tingkatan satu menyelesaikan satu misteri pembunuhan sambil pelajar perlu bertutur dalam bahasa Inggeris.

Menariknya, cikgu Raee Yeoh turut menyediakan ‘lokasi jenayah’ dengan menggambarkan seolah-olah ‘mayat’ yang lengkap berpakaian kemeja kot, topi, berserta kenyataan-kenyataan suspek.

Bawa 'Mayat' Ke Kelas, Cikgu Ini Digelar Paling Kreatif

Bawa 'Mayat' Ke Kelas, Cikgu Ini Digelar Paling Kreatif

Lebih dramatis, guru ini turut menyediakan pita sekatan polis di sekeliling kejadian.

Manakala, bagi pelajar yang berjaya mencari pembunuh yang sebenar akan diberi ganjaran dengan merakam gambar bersama pisau gergasi yang lengkap dengan lumuran darah.

Cikgu Rae Yeoh juga tidak ketinggalan dalam tugasan ini di mana dia berlakon menjadi ‘ketua penyiasat’ yang menegur ‘penyiasat baru’ (pelajarnya) jika mereka bertutur selain bahasa Inggeris ketika menyelesaikan misteri itu.


“Saat ini paling lucu kerana pelajar yang baik bertutur bahasa Inggeris akan bercakap bahasa ini dengan lintang-pukang agar pelajar yang lemah dapat memahaminya,” tulisnya di Facebook.

Selepas melihat ‘lokasi kejadian’, pelajar diminta menulis setiap motif, alibi dan petunjuk setiap 11 suspek untuk mencari pembunuh.

Menurut Yeoh, hanya satu dari enam kumpulan sahaja yang berjaya mencari pembunuh sebenar.

Pun begitu, ternyata teknik itu digemari pelajar kerana dia mendapat pujian selepas habisnya latihan itu.

“Cikgu, aktiviti ini sangat bagus, tidak perlulah latihan bagi ujian, kami sanggup main macam ini tiap-tiap hari,” kata pelajarnya.

Dalam pada itu, Yeoh turut menerangkan bahawa kemahiran menyiasat itu satu daripada beberapa asas berfikir ketika membaca dan memahami teks mata pelajaran Bahasa Inggeris. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • cikgu

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori