Bau Asap Rokok, Papan Iklan Ini Terbatuk-Batuk

KREATIF… Sebuah syarikat farmasi di Sweden tampil dengan iklan anti-merokok yang mampu ‘berinteraksi’ dengan keadaan sekitar.

Papan iklan yang menampilkan seorang lelaki di dalamnya akan ‘hidup’ dan terbatuk-batuk apabila setiap kali ada perokok yang berdiri berhampiran atau melintasinya.

Menurut sebuah laman antarabangsa, papan iklan tersebut dilengkapi dengan dengan alat pengesan asap rokok yang akan bertindak balas dengan asap rokok.

Skrin papan iklan tersebut diletakkan di sekitar plaza Stockholm di ibu kota Sweden yang dikenal pasti lokasi popular para perokok sering berkumpul untuk merokok.

Bau Asap Rokok, Papan Iklan Ini Terbatuk-Batuk

Bau Asap Rokok, Papan Iklan Ini Terbatuk-Batuk

Selain dapat mengesan asap rokok, papan iklan tersebut turut menyampaikan mesej anti-merokok berbunyi: “Kami sebuah syarikat farmasi, Hjärtat. Misi kami adalah untuk bantu anda hidup lebih lama dan lebih sihat.

“Oleh sebab itu saya berada di sini untuk membantu anda untuk memupuk tabiat baru yang lebih sihat tepat pada masanya sempena Tahun Baharu.”

Menerusi video yang dikongsi, seorang perokok dilihat berhenti di hadapan papan iklan tersebut apabila melihat lelaki yang menghiasi iklan itu terbatuk-batuk.

Manakala dua lagi wanita yang kebetulan turut merokok berhampiran juga terkejut dan terpinga-pinga melihat iklan itu sebelum kedua-duanya ketawa.

Video berkenaan turut dimuat naik ke laman Facebook farmasi itu dan telah ditonton lebih daripada 374,000 kali sejak dikongsi pada Boxing Day. – MYNEWSHUB.CC

Loading...