Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pencipta Siri Popular ‘Kartini’...

SELEPAS 10 hari dimasukkan ke wad Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Kuala Lumpur...

Siasat Tuduhan KPN: Tubuh...

TS Hamid Bador membuat dakwaan terbuka. Dia tuduh Hamzah Zainuddin campur tangan kenaikan...

Lima Entiti Perumahan Ditempatkan...

KUALA LUMPUR - Lima entiti perumahan telah dikenal pasti untuk ditempatkan di bawah...

JDT Lebur Rekod ‘Kebal’...

ISKANDAR PUTERI : Johor Darul Ta'zim meleburkan rekod tanpa kalah Sri Pahang FC...

Batal Kelebihan Imigresen Pasangan Degil Bayar

KERAJAAN berhak mengambil tindakan ke atas mana-mana penduduk pemastautin tetap dan pemegang pas lawatan sosial jangka panjang yang ikut pasangan pulang ke Malaysia, namun enggan menanggung kos kuarantin.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara bentuk tindakan yang boleh diambil termasuk membatalkan kelebihan imigresen yang dinikmati mereka selama ini.

“Kerajaan sudah memutuskan bahawa mana-mana rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari dengan kosnya ditanggung kerajaan.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Namun bagi pasangan yang ikut pulang, yang berstatus pemastautin tetap dan pemegang pas lawatan sosial jangka panjang, mereka perlu menanggung sendiri kos hotel (kuarantin).

“Tetapi ada dalam kalangan mereka yang enggan bayar kos itu apabila keluar hotel, jadi pagi hari ini kita sudah bincang dengan lebih lanjut dan buat keputusan supaya Jabatan Imigresen boleh mengambil tindakan ke atas pihak yang degil ini,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.


Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, tindakan tidak membabitkan pembatalan status pemastautin tetap dan pemegang pas lawatan sosial jangka panjang.

“Cuma kelebihan diberikan kepada mereka yang ditarik balik seperti, tempoh memperbaharui dipendekkan kepada setiap tiga ke empat bulan sehingga mereka menjelaskan kos berkenaan.

“Peguam negara juga sedang meneliti bentuk tindakan undang-undang yang boleh diambil sehingga bayaran selesai,” katanya.

Kategori