Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands...

SIMPANG PULAI - Laluan di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di Seksyen 44 selamat...

Jutawan Fesyen Mahu Bawa...

TOKYO - Jutawan Jepun, Yusaku Maezawa sedang mencari seorang wanita untuk bersamanya melancong...

Kabinet Baru Seimbang Dan...

KUCHING - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang baharu Datuk Dr Wan...

Pelajar Lagak Samseng, Aniaya...

SEBUAH video dimuat naik pengguna laman Facebook dikenali sebagai Amin Ali memaparkan kejadian...

Basikal Elektrik Boleh Lipat Terkecil Dunia Dijual £691

MUNICH – Sebuah basikal elektrik berharga £691 (RM3,600) dan boleh dilipat adalah antara rekaan moden yang dipamerkan pada pameran peralatan sukan di sini baru-baru ini.

Basikal elektrik terkecil di dunia yang bernama Smacircle S1 itu berbentuk kompak dengan berat hanya 8 kilogram (kg) serta kelajuan maksimum boleh mencecah 24 kilometer sejam.

Smacircle S1 mampu menampung berat maksimum penumpang sehingga 100kg dan mampu bergerak sejauh 20 kilometer sebelum perlu dicas semula. Basikal itu cuma 87 sentimeter (sm) tinggi dan 94sm lebar ketika dibuka atau setinggi 54sm dan 29sm lebar bila dilipat.

Basikal yang dibina menggunakan fiber karbon itu juga cuma besar sedikit daripada raket tenis dan boleh dimasukkan ke dalam beg galas apabila sudah dilipat.

Rekaan serba moden itu turut dilengkapi dengan aplikasi bagi memantau kelajuan dan Sistem Penentu Kedudukan Global. – Agensi

Kategori