Bas Rempuh Pejalan Kaki, 3 Maut 13 Cedera

HONG KONG – Tiga orang maut manakala 13 yang lain cedera selepas sebuah bas sekolah terbabas ke bahu jalan dan merempuh sebilangan pejalan kaki, menyebabkan mereka tersepit di bawah kenderaan itu di sebuah kawasan kejiranan di Hong Kong semalam, kata polis.

Seorang wanita warga emas dan lelaki antara yang terbunuh selepas bas sekolah berwarna kuning itu terbabas ke kawasan pejalan kaki di daerah North Point, pusat bandar Hong Kong.

Media tempatan memaparkan gambar mangsa-mangsa bergelimpangan di atas jalan, sementara yang lain menerima rawatan di lokasi kejadian.

Sekurang-kurangnya empat orang turut koma dalam kemalangan ngeri tersebut, kata seorang jurucakap polis kepada agensi berita AFP.

Pada bulan lepas, lima orang terbunuh dan 32 yang lain cedera apabila sebuah bas membawa kakitangan syarikat penerbangan Cathay Pacific hilang kawalan dan me–rempuh sebuah teksi. – AFP/KOSMO ONLINE

Loading...