Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pemancing Hilang Ditemui Lemas...

KEMAMAN - Seorang lelaki yang dilapor hilang Rabu lalu selepas memancing di Sungai...

Tindakan Pelaku Pembakaran Terbuka...

KUALA LUMPUR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan mengambil tindakan terhadap pemilik tanah...

BN Sabah Tanding 11...

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masing-masing bertanding...

Remaja Bunuh Diri Lepas...

GARA-GARA 'kantoi' melayari laman lucah di Internet, seorang remaja perempuan di St. Petersburg,...

Bas RapidKL Tanpa Tunai Bermula Di Koridor Ampang

KUALA LUMPUR – Rapid Bus Sdn. Bhd. (Rapid Bus) akan melaksanakan sistem transaksi bayaran tambang tanpa tunai sepenuhnya di semua laluan bas RapidKL dengan permulaan pelaksanaannya di koridor Ampang, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij berkata, bagi koridor Cheras, Sungai Besi dan Jalan Klang Lama sistem tanpa tunai akan dilaksanakan sepenuhnya pada 29 April manakala koridor Damansara, Jalan Ipoh dan Jalan Pahang (13 Mei) dan koridor Lebuhraya Persekutuan (27 Mei).

Katanya, sistem pembayaran baharu yang menggantikan bayaran secara tunai itu memerlukan penumpang membayar tambang menggunakan kad Touch ‘n Go atau pas perjalanan tanpa had Rapid KL MY100 atau MY50.

“Pengenalan sistem ini bertujuan membantu melancarkan proses pembayaran di dalam bas yang mana penumpang hanya perlu menyentuh kad tanpa tunai untuk masuk dan keluar dari bas.

“Pengguna juga boleh menikmati diskaun sebanyak 20 peratus daripada tambang normal manakala bagi pemegang kad konsesi pelajar, warga emas dan orang kurang upaya ditawarkan diskaun sebanyak 50 peratus,” katanya dalam sidang akhbar selepas tinjauan Pelaksanaan Hari Pertama Sistem Pembayaran Tanpa Tunai di Laluan Bas Koridor Ampang di Hab Bas KLCC di sini.


Muhammad Yazurin berkata, sebanyak 64 buah bas beroperasi di koridor Ampang membabitkan 11 laluan iaitu 300, 302, 303, BET7, T300, T301, T302, T303, T304, T350 dan T351 dengan purata 30,349 penumpang harian yang direkodkan sehingga Mac lalu.

Tambahnya, kad Touch ‘n Go boleh didapati di semua kaunter khidmat pelanggan Transit Aliran Ringan, Transit Aliran Massa, Monorel dan Bas Rapid Transit selain di stesen minyak, kedai serbaneka dan farmasi.

Kategori