Bas ‘Masa Depan’ Memulakan Ujian Di China

CHINA, sebuah negara yang terkenal dengan lalulintas yang sibuk dan ‘teruk’ pada Mei lalu telah memperkenalkan rekaan konsep bas boleh ‘langkau’ jalan raya pertama di dunia, bagi menyelesaikan masalah pengangkutan awamnya.

Terkini, laman Facebook China Xinhua News melaporkan prototaip bas berkenaan, TEB-1 (Transit Elevated Bus-1) sudah memulakan ujian di bandar Qinhuangdoi, wilayah Hebei.

Berketinggian 16 kaki, TEB-1 dilihat menggunakan sistem rel khas yang diletakkan pada hujung dan di tengah jalan raya, membolehkan lebih banyak ruang di jalan raya seterusnya mengurangkan kesesakan berbanding penggunaan bas konvensional.

6

3

4

5

7

Reaksi orang awam yang buat pertama kalinya menaiki bas berkenaan dikatakan begitu teruja dan mereka turut merasakan seolah-olah berada di dalam sebuah ‘dewan’ bergerak.

TEB-1 yang diperkenalkan pada Ekspo Teknologi Tinggi Antarabangsa Beijing ke-19 itu dilaporkan mampu memuatkan 300 orang penumpang pada satu-satu masa.

Ciptaan TEB-1 ini juga merupakan salah satu idea di luar kotak yang kebiasaanya sering dilihat di dalam filem-filem futurastik seperti Minority Report dan Back To The Future. -MYNEWSHUB.CC

Sumber: Facebook China Xinhua News

Loading...