• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Bas Jerlus’ Dalam Keadaan Baik – Puspakom

oleh
12/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bas sekolah yang dikatakan mempunyai rantai reput sehingga menyebabkan seorang pelajar tahun enam terjatuh dan meninggal di Kelantan baru-baru ini berada dalam keadaan baik.

Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) mengesahkan, bas yang terlibat dalam insiden itu telah melalui pemeriksaan berkala pada bulan Mei.

“Berdasarkan rekod dan gambar-gambar pemeriksaan, Puspakom telah memeriksa bas tersebut mengikut skop dan piawaian yang ditetapkan pihak berkuasa.

“Kesemua item pemeriksaan pada bas sekolah tersebut adalah berada dalam keadaan baik.

“Sehubungan itu, Puspakom menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan andaian yang tidak berasas yang boleh menambahkan lagi kesedihan keluarga mangsa dan serahkan kes ini kepada pihak polis untuk membuat siasatan yang menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, ia telah menghantar laporan pemeriksaan sekolah selepas kemalangan kepada pihak polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dua hari lalu namun tidak boleh mengulas lanjut mengenai laporan berkenaan kerana kes masih di bawah siasatan polis.

“Walau bagaimanapun, Puspakom ingin menegaskan bahawa kami tidak sesekali berkompromi terhadap kenderaan yang tidak mengikut piawaian yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lagi.

Menurut data pemeriksaan Puspakom bagi bas-bas sekolah bagi tempoh 1 Julai 2018 hingga 30 Jun 2019, sebanyak 28 peratus atau 7,300 buah bas sekolah daripada 26,000 pemeriksaan berkala dilakukan telah gagal pemeriksaan Puspakom kerana tidak mengikut piawaian.

“Ini merangkumi bahagian atas dan bawah kenderaan, brek, sistem gantungan kenderaan, gelincir sisi, asap dan lain-lain lagi yang tertakluk dalam skop pemeriksaan. Rekod ini jelas menunjukkan bahawa Puspakom tidak sewenang-wenangnya meluluskan kenderan yang tidak menepati skop dan piawaian pemeriksaan,” tegasnya.

Dalam kejadian 4 Julai lalu seorang murid Tahun Enam di sebuah sekolah di Machang, Kelantan meninggal dunia selepas terpijak lantai bas yang telah reput dan terjatuh di atas jalan ketika bas berkenaan sedang bergerak.

Mangsa Wan Muhammed Adam Mohd. dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian pada pukul 12.50 tengahari.

Difahamkan dalam kejadian tersebut, Wan Muhammed Adam bersama beberapa orang rakan sedang berdiri berhampiran tangga bas yang dikatakan terdapat bahagian lantai yang telah reput tetapi dialas dengan sesuatu.

Tags: bas sekolahkemalangan mautlantai bas reputPuspakom
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelantikan Najib Tidak Jejas Kerjasama PAS-UMNO – Hadi

Next Post

“Azmin PM Ke-8, Mohon Mahathir Tolak Anwar”

Related Posts

Dua Beranak Maut Motosikal Hilang Kawalan Bertembung Pacuan Empat Roda

Dua Beranak Maut Motosikal Hilang Kawalan Bertembung Pacuan Empat Roda

05/07/2025
0

TANGKAK – Dua beranak maut dalam kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda dan motosikal di Kilometer 2.5, Jalan Sialang pada...

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

26/06/2025
0

IPOH - Seorang warga emas maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam nahas dengan sebuah lori...

Next Post

"Azmin PM Ke-8, Mohon Mahathir Tolak Anwar"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd