Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Pesawat Tentera Amerika Syarikat...

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) bersama lima anggota...

Kerajaan Kini Tumpukan Agenda...

KUALA LUMPUR - Ekonomi digital kini menjadi satu daripada agenda dan tumpuan penting...

Nabila Huda Lebih Bahagia...

NABILA Huda yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta memberitahu bahawa...

Peneroka Warga Emas Maut...

KOTA TINGGI - Seorang peneroka warga emas maut ketika cuba membuat pusingan U...

Bas Ekspres Boleh Asingkan Penumpang Ikut Jantina

KUALA LUMPUR – Operator bas ekpres dibenarkan untuk memperkenalkan peraturan seperti pengasingan tempat duduk mengikut jantina jika terdapat keperluan untuk melakukannya, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar.

Menjawab soalan mengenai polisi yang ditetapkan syarikat TransMalaya Ekspres itu, beliau berkata SPAD tidak mahu campur tangan dalam urusan seperti itu.

“Kami tidak meletakkan spesifikasi tertentu kepada operator kami tentang cara mereka menguruskan tempat duduk dan bagaimana mereka perlu jalankan perniagaan mereka. Kami tidak mahu terlebih urus perkara yang luar bidang kawalan,” kata Syed Hamid.

Tambahnya lagi jika syarikat itu merasakan peraturan itu perlu untuk menangani masalah sedia ada, maka mereka sepatutnya dibenarkan untuk menetapkan keputusan tersebut.

Syed Hamid turut menjelaskan bahawa SPAD tidak perlu untuk bertindak melainkan melibatkan isu-isu seperti kualiti perkhidmatan atau tambang yang dikenakan.

“Biarlah syarikat-syarikat bas ekspres dan operator kereta api ini melakukan apa yang mereka rasakan terbaik,” tambah Syed Hamid lagi.

Rabu lalu, Noorlini Ramli, pengusaha dan pemilik KRZ Management Sdn. Bhd. yang menguruskan TransMalaya Ekspres berkata bahawa keputusan itu demi keselesaan penumpang perempuan dan juga dibuat selepas terdapat aduan mengenai gangguan seksual terhadap kumpulan tersebut.


Polisi tersebut turut mewajibkan pasangan Muslim untuk menunjukkan sijil pernikahan sebagai bukti untuk dibolehkan mereka duduk bersama, dan dikenakan terhadap semua penumpang tanpa mengira agama.

Kata Noorlini, inisiatif tersebut diambil berdasarkan pengalaman negatifnya sendiri menaiki bas seorang diri tanpa teman dan menjadi saksi pasangan kekasih melakukan perbuatan yang tidak sopan di dalam bas.

Tambahnya lagi, keputusan itu diterima baik oleh penumpang daripada semua bangsa dan agama. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori