Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Raja Muda Kedah Tunku...

ALOR SETAR - Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah, 86,...

Wakil Di Mister International...

MISTER International merupakan satu acara pertandingan lelaki kacak dan cantik yang dianjurkan secara tahunan.Diasaskan...

TV3 Tunda Debat Rahman...

KUALA LUMPUR - Stesen popular TV3 telah memutuskan untuk menunda program siaran langsung perdebatan...

Pusat Tahfiz Ternak Kelulut,...

KUBANG PASU - Pelajar Madrasah Tahfiz Taufiqillah di Kampung Lembah Arang, di sini...

‘Baru 2 Tahun, Ada Hati Nak Bawa Adik-Adik Lari Rumah’

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menjadi topik perbualan hangat di media sosial di Tanah Besar China, apabila dikatakan lari dari rumah dengan membawa bersama adik kembarnya.

Kejadian lucu ini didedahkan anggota polis yang menahan tiga beradik berkenaan yang cuma ‘berlengging’ ketika ditemui.

Kakak Bersama Kembarnya 'Ditahan' Polis Saat Ingin 'Mengembara'

Menurut sebuah portal, kanak-kanak yang berasal dari bandar Jiande dan tinggal di tingkat enam sebuah pangsapuri di situ, mengambil masa selama satu jam sebelum berjaya lolos dari pintu keselamatan kediaman tersebut.

Mereka ditemui merayau-rayau di sebatang jalan oleh seorang pemilik kedai runcit.

Kakak Bersama Kembarnya 'Ditahan' Polis Saat Ingin 'Mengembara'

“Mereka merayau-rayau seperti penguin yang comel,” kata pekedai itu.

Penemuan kanak-kanak tersebut segera menarik perhatian penduduk setempat hinggakan ramai yang sanggup memelihara mereka.


Kakak Bersama Kembarnya 'Ditahan' Polis Saat Ingin 'Mengembara'

Anggota polis dikenali sebagai Chen bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan penemuan kanak-kanak berkenaan.

Chen kemudiannya membuat dua kumpulan anggota, satu untuk menjaga mereka manakala satu lagi kumpulan mengenalpasti ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

Siasatan mendapati tiga beradik itu bertindak keluar ketika ibu mereka sedang tidur. Si ibu hanya menyedari kehilangan anak-anaknya selepas terjaga dan mendapati kesemua mereka sudah tiada di rumah. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori