Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kes Rasuah Sabah: 30...

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memaklumkan RM52 juta wang tunai dirampas...

Sistem Baharu Pendek Masa...

SEPANG : Mulai 18 Mei tahun depan, Suruhanjaya Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan...

Buruh Ladang Dituduh Bunuh...

SUNGAI PETANI - Seorang buruh ladang warga India dihadapkan ke Mahkamah Majistret di...

Harga Bahan Api Menjunam...

KUALA LUMPUR - Harga arang baru telah jatuh sebanyak 50% manakala harga gas...

Barisan Kepimpinan PKR Jangan Takbur Dengan Kuasa

SHAH ALAM – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengingatkan barisan kepimpinan Tertinggi PKR yang telah dipilih mentadbir negara agar tidak mendabik dada dan takbur dengan kuasa yang diberikan.

Sebaliknya, kata beliau, kepimpinan parti itu hendaklah mendengar masalah dan rintihan rakyat yang dilihat mahukan perubahan dalam pentadbiran negara ini.

“Ya, memang betul kita sudahpun menjadi kerajaan dan mempunyai kuasa di beberapa buah negeri namun janganlah kita mendabik dada dan takbur dengan kuasa yang diberikan.

“Dengarlah nasihat dan rintihan rakyat di luar sana yang mahukan perubahan… janganlah kita ulangi sikap pemerintah dahulu yang akhirnya membawa kepada kejatuhan rejim,” katanya ketika berucap di majlis makan malam dan meraikan Presiden PKR yang baharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, Ahad.

Selain Anwar, turut hadir Naib Presiden PKR, Dr. Xavier Jayakumar dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Dr. Wan Azizah yang juga bekas presiden parti itu berkata barisan kepimpinan yang memegang jawatan kanan kerajaan perlu sentiasa ingat bahawa kuasa diberikan kepada mereka merupakan satu tanggungjawab.

Ini kerana, kata beliau, kepimpinan parti itu mempunyai sekurang-kurangnya empat tahun untuk membuktikan kepada rakyat bahawa mereka boleh serta mampu mentadbir negara dengan lebih baik.

“Kitalah yang mendidik rakyat celik politik, menyedarkan hak mereka untuk bersuara dan mempertahan hak mereka.


“Jadi kalau kita tidak “perform”, kuasa rakyat akan menentukan di mana kita lima tahun akan datang,” tambahnya.

Dalam pada itu, Dr. Wan Azizah turut menyeru semua anggota PKR menghayati kembali dasar dan perjuangan parti.

Sehubungan itu, tegas beliau, tidak perlu wujud sebarang permusuhan mahu pun persengketaan dalam kalangan anggota parti.

“Kita yang melaungkan reformasi dan demokrasi. Maka jom kita raikan dan amalkan “agree to disagree”, tetapi di akhirnya kita akur kepada suatu ketetapan atau keputusan majoriti dan musyawarah,” katanya. – BERNAMA

Kategori