Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Najib Bimbang Laporan Media...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan kebimbangannya...

Malindo Air Gantung Penerbangan...

KUALA LUMPUR - Malindo Air menggantung dua lagi penerbangan antarabangsa antara Malaysia dan...

Ini Punca Air Sungai...

SHAH ALAM: Sebanyak 100 tong Intermediate Bulk Container (IBC) berisi pelbagai buangan seperti...

152,357 Warga ATM Undi...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 152,357 pemilih berdaftar terdiri daripada anggota dan pegawai Angkatan...

Barisan EXCO Johor Angkat Sumpah Jumaat Ini?

MAJLIS angkat sumpah barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Johor yang baharu dijangka Jumaat ini.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, berkata beliau sedang memuktamadkan senarai akhir sebelum dipersembahkan semula kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar untuk diperkenankan esok.

“Saya sedang memuktamadkan senarai akhir barisan EXCO bersama pengerusi parti gabungan yang lain dan akan mempersembahkan semula senarai nama cadangan EXCO Gabungan Baharu kepada Sultan Johor, esok.

“Senarai nama awal sudah dipersembahkan kepada Sultan Johor membabitkan lebih daripada 10 nama sebelum ini bagi pertimbangan Tuanku. Insya Allah, saya berharap Jumaat ini barisan EXCO baharu akan dapat mengangkat sumpah,” katanya pada sidang media di Pejabat Menteri Besar, di sini, hari ini.

Hadir sama,Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Mazlan Bujang dan Pengerusi MIC Johor,R Vidyananthan.

Tengah hari tadi, Hasni yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dilaporkan tiba di Istana Pasir Pelangi dipercayai bagi mempersembahkan senarai cadangan nama Ahli Majlis EXCO Johor kepada Sultan Ibrahim Iskandar.


Isnin lalu, Hasni yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Johor dilaporkan berkata, majlis angkat sumpah barisan EXCO baharu Johor dijangka akan dilakukan pada minggu ini.

Hasni dilaporkan berkata, majlis akan sumpah itu perlu disegerakan bagi membolehkan kerajaan negeri menjalankan tugas pentadbiran dengan berkesan.

Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-18 di Istana Bukit Serene, Jumaat lalu. – myMetro Online

Kategori