Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Kementerian Sumber Manusia Sedia...

PUTRAJAYA – Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot memberi jaminan bahawa kementerian...

Perkhidmatan Pengangkutan Awam Dikaji...

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan akan mengkaji semula aspek perkhidmatan dan penyediaan sistem...

Video: Tewas Dengan Pahang,...

KECOH di laman sosial sejak semalam mengenai pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Nazmi...

Ary Malik Meninggal Dunia...

DUNIA hiburan tanah air menerima perkhabaran sedih apabila pelakon dan personaliti TV, Ary...

Barbie Lancar Anak Patung Berhijab Pertama

NEW YORK – Ketika Malaysia gempar dengan tindakan segelintir hotel biadab larang staf Muslimah berhijab, lain pula halnya dengan pengeluar alat permainan ternama Amerika Syarikat (AS), Mattel.

Pengeluar produk mainan terbesar di dunia itu semalam melancarkan anak patung Barbie yang pertama memakai hijab dengan memberi penghormatan wajahnya kepada atlet wanita Muslim terkenal warga AS, Ibtihaj Muhammad.

Pemenang pingat perak acara lawan pedang pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil itu mencipta nama apabila muncul sebagai atlet pertama AS mengenakan tudung sebagai mana peserta negara-negara Islam lain.

Anak patung itu, merupakan sebahagian daripada koleksi “Sheroe” turut bergaya dengan memegang pedang. Ia akan dijual secara atas talian mulai awal tahun depan, kata jurucakap Mattel kepada agensi berita antarabangsa AFP.

“Kami sangat teruja memberi penghargaan kepada Ibtihaj sebagai imej anak patung Barbie sekali gus menjadi inspirasi kepada golongan wanita untuk lebih berjaya,” tulis kenyataan Mattle menerusi akaun media sosialnya.

Mattel berkata Barbie baharu itu memberi perangsang kepada gadis kecil untuk melihat diri mereka ada bakat dan potensi dalam bidang sukan serta sebagainya asalkan impian dilakukan dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu.

Sementara itu, Ibtihaj yang kini berusia 31 tahun menggambarkan anak patung dicipta dengan imej dirinya sebagai “suatu impian mustahil ketika zaman kanak-kanak dahulu tetapi kemudian berubah tiba-tiba menjadi kenyataan.”


“Terima kasih Mattel kerana mengumumkan saya sebagai ahli keluarga terbaharu Barbie Sheroe! Saya bangga untuk gadis kecil di mana-mana kini boleh bermain dengan Barbie yang memakai tudung!” kicaunya menerusi Twitter.

Ia bukan kali pertama Mattel, yang berpusat di California dan ditubuhkan pada 1945 tetapi kini bergelut dengan masalah kewangan teruk, tampil mengeluarkan anak patung sebagai penghormatan kepada atlet Olimpik AS.

Pada 2016, syarikat itu yang turut menjual permainan komputer, pernah mengeluarkan Barbie dengan mengambil imej bintang gimnastik popular Gabby Douglas, iaitu juara perseorangan individu di Sukan Olimpik London 2012.

Pengumuman terbaharu oleh Mattel pada kali ini muncul ketika akhbar kewangan tempatan The Wall Street Journal melaporkan pesaingnya, Hasbro merancang untuk beli syarikat berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori