Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Sepupu Ratu Elizabeth II...

SEPUPU Ratu Elizabeth II tampil membuat pengakuan bahawa dirinya seorang pengamal seks sejenis,...

Siasatan Kebakaran Korban Empat...

Muar : Kertas siasatan kebakaran yang menyebabkan kematian empat beradik di Kampung Sabak...

Selamba Buang Kari Kenduri...

SINGAPURA - Malu dengan apa yang berlaku, pihak berkuasa tempatan dilaporkan sedang giat...

Mayat Wanita Larikan Diri...

Kuantan : Mayat wanita yang terjun ke Sungai Belat dekat Jeti Tanjung Punai,...

“Barat Dan Sekutu Berkomplot Jatuhkan Turki”

ILMUAN Islam terkemuka, Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam ucapannya Sabtu lalu mendakwa Barat berkomplot untuk menyekat kemajuan Turki.

Qaradawi menyatakan demikian dalam perhimpunan Kesatuan Ulama Islam Sedunia yang sedang berlangsung di Istanbul.

Kenyataan Qaradawi ini menaikkan imej baik Turki pada masa ia sedang dalam krisis dengan Arab Saudi berhubung kes pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi di Istanbul.

“Turki sedang menghadapi komplot antara negara yang tidak mahu melihatnya (maju), dan pihak Barat,” kata Qaradawi, pengerusi Kesatuan Ulama yang berpangkalan di Qatar, sekutu rapat Turki.

“Mereka mungkin boleh berjaya tetapi Allah menyokong Presiden Recep Tayyip Erdogan dan saudaranya,” katanya.

Tambahnya lagi, Allah bersama Erdogan dan membantunya menang bersama-sama Muslim sejati yang turut bersama.


“Turki ditentang kerana ia mempertahankan umat Islam,” kata Qaradawi lagi, sambil memuji kemajuan Turki di bawah Erdogan.

Perhimpunan Kesatuan Ulama ini menghimpunkan 1,500 orang ulama dan sarjana Islam dari seluruh dunia dan berlangsung hingga Khamis.

Qaradawi telah mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi, dan pemilihan kepimpinan baharu akan diadakan. – Agensi

Kategori