Barang Disita PDRM Bernilai RM1 Billion Dari Mana?

NILAI keseluruhan barangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dirampas berjumlah lebih RM1 bilion oleh Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh menjadi bualan.

Berhubung isu tersebut, portal online The Third Force ada menjelaskan lebih terperinci dari mana barangan tersebut diperoleh.

Berikut petikan portal tersebut;

1. Simpanan antara RM114 juta hingga RM116 juta dalam dana kempen, mungkin untuk penambah baik. Bagaimanapun, kami tidak mengetahui lebih lanjut kerana dokumen rasmi berkaitan tidak ditemui.

2. Terdapat juga wang tunai dan barang berharga yang disita daripada anak perempuan Najib dan kondominium suaminya. Perlu diketahui, menantu Najib, Daniyar Nazarbayev, adalah anak saudara Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev. Daniyar Nazarbayev dikategori sebagai golongan yang terkaya dan berkuasa, malah hadiah pernikahan adalah dari ibunya termasuklah berupa emas dan perhiasan.

Majlis pernikahan mereka telah dihadiri oleh golongan hartawan dari Malaysia dan luar negara. Tetamu yang hadir tidak putus memberikan hadiah mewah sehingga ada barang mencecah jutaan ringgit. Hadiah-hadiah ini dan barangan peribadi serta wang tunai mereka dirampas ketika dalam serbuan polis tempoh hari.

3. Kondominium Tan Sri Desmond Lim Siew Choon dan isterinya, Datin Cindy Lim turut diserbu oleh pihak berkuasa. Sesetengah pihak mungkin merujuk kepada pasangan itu sebagai rakan Najib dan ada pula yang mengatakan sebagai kroninya. Gambar-gambar dari serbuan itu jelas menunjukkan terdapat banyak kotak berlabel “Datin Cindy” yang dibawa keluar dari kondominium Pavilion. Namun, kotak-kotak tersebut tidak mengandungi apa-apa kecuali beg tangan mewah.

Tan Sri Desmond Lim antara individu paling kaya di Malaysia dengan nilai bersih melebihi RM2.4 bilion. Beliau mempunyai 35.5 peratus kepentingan dalam Malton Berhad, 37.2 peratus kepentingan dalam Pavilion REIT dan 17.5 peratus kepentingan dalam WCT yang mana beliau membelanjakan lebih daripada RM600 juta untuk mendapatkannya pada akhir 2016.

4. Barang berharga yang disita termasuk barangan tiruan berkualiti tinggi yang bernilai pada harga produk tulen buat masa ini. Barang kemas yang dirampas dikatakan bernilai RM440 juta, namun melalui perkiraan secara matematik yang fancy, nilai itu tiba-tiba melonjak kepada RM880 juta.

5. Sekarang kita perlu ingat bahawa ketiga-tiga kondominium yang diserbu di Pavilion bukan milik Najib. Hanya didakwa ada kaitan dengan beliau. Yang tinggal di situ adalah individu lain yang juga merupakan jutawan besar. Ok, tetapi bagaimana pula dengan barang-barang yang dirampas di kediaman peribadi Najib di Sri Perdana?

6. Tidak ada apa-apa yang ditemui di Sri Perdana seperti yang diharapkan. Beberapa kotak barangan peribadi telah dirampas dari kediaman persendiriannya (nilai barang tidak didedahkan), dan peti keselamatan lama yang mengambil masa dua hari untuk dibuka hanya mempunyai nota mata wang lama dan sijil perkahwinannya.

7. Najib berkata, beliau tidak akan lari ke mana-mana dan lawan kesnya di mahkamah untuk bersihkan namanya. Mengikut undang-undang, setiap orang tidak bersalah sehingga ada bukti terhadap kesalahan yang dilakukan. Tidak ada mana-mana individu yang sepatutnya dijatuhkan hukum oleh masyarakat umum hanya berdasarkan pendakwaan melalui media (trial by media).

Apa yang kita lihat adalah persepsi buruk yang diwjudkan dengan kemahiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang terkenal sebagai seorang yang mahir menjatuhkan lawannya dengan pendakwaan melalui mahkamah media.

Antara mereka yang pernah dijatuhkan hukum melalui mahkamah media oleh Mahathir adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilabel sebagai ‘peliwat’ dan Tun Abdullah Ahmad Badawi konon suka ‘tidur semasa bekerja’.

Persepsi buruk sudah pun berjaya diwujudkan dengan mengatakan kondominium mewah di Pavilion adalah milik Najib. Semua barangan mewah yang disita pula milik Datin Seri Rosmah Mansor. Hukum sudah dijatuhkan.

Juga tohmahan konon Najib secara rahsia telah menggunakan wang pembayar cukai sebanyak RM1 bilion untuk mengumpulkan semua wang dan barang berharga ini. – MYNEWSHUB.CC

Loading...