Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Suhaizan Ulangi Provokasi `Pancing’...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat mengulangi provokasi bagi memujuk...

Imigresen Kedah Tahan 19...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 19 pendatang asing tanpa izin (PATI)...

Perak Wujud Institusi Golongan...

IPOH - Kerajaan Perak akan menubuhkan sebuah institusi khusus untuk membantu golongan wanita...

5 Tip Kekalkan Rumah...

SELEPAS seharian penat bekerja, pastinya kita mengharapkan agar keadaan di rumah dapat menenangkan...

Bapa Rogol Sebab Anak Mengaku Lesbian

SEORANG bapa durjana dijatuhi hukuman penjara selama 21 tahun oleh Mahkamah Warwick, United Kingdom selepas didapati bersalah merogol anaknya yang berusia 16 tahun.

Suspek, 54, merogol anaknya sebagai memberi ‘pengajaran’ kepada anaknya melakukan hubungan seks dengan lelaki adalah lebih memberi nikmat daripada terjebak dengan hubungan sejenis.

Suspek yang tidak didedahkan nama demi melindungi identiti anaknya, menyatakan dia melakukan jenayah itu selepas berang dengan pengakuan anaknya yang mengaku dirinya seorang lesbian.

Hakim yang mengadili kes tersebut mengingatkan suspek sepatutnya sebagai seorang bapa, dia perlu memberikan nasihat dan sokongan moral terhadap anaknya yang mengalami krisis identiti sewaktu sedang membesar.

“Kamu sebaliknya tidak dapat mengawal kemarahan lalu merogolnya dengan tujuan untuk ‘mengajarnya’ melakukan hubungan seks dengan lelaki lebih baik daripada hubungan sejenis,” hujah hakim tersebut yang menyifatkan kesalahan lelaki itu berunsur jenayah kebencian terhadap golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). – MYNEWSHUB.CC

Kategori