Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pengarah JPS Dibebaskan Dengan...

ALOR SETAR - Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang ditahan bagi membantu...

Jom.. Saksikan ‘KL International...

Sebanyak 12 negara akan menampilkan pasukan pancaragam dan pasukan tentera mereka dalam satu...

AGC Pandang Serius Pembohongan...

KUALA LUMPUR - Mana-mana pihak yang menimbulkan dan menyebarkan pembohongan dalam sebarang isu...

Kontroversi Muka Depan: The...

KUALA LUMPUR - Dua editor kanan The Star telah digantung tugas berikutan siasatan...

Bapa Pijak, Pulas Bayi Sampai Mati

SEORANG budak lelaki yang bapanya didakwa memukulnya hingga mati, mempunyai kesan kecederaan seperti terbabit dalam kemalangan jalan raya yang dahsyat, mahkamah diberitahu.

Leyton Dawick baru berusia lapan bulan ketika dia meninggal dunia, setelah menderita akibat ditendang dan dipijak di bahagian badan, kepala dan paha.

Sebuah mahkamah di Britain mendengar bagaimana bapanya, Craig Dawick, 25, bengang kerana Leyton menangis tanpa henti dan dia dilaporkan menyerang bayi tersebut.

Berdasarkan tulangnya yang patah bayi tersebut mungkin direntap dan dipulas semasa serangan.

Leyton juga mempunyai tanda di dahinya yang mana doktor mencadangkan dia telah dipijak dengan kasut.

Dia dibawa ke Hospital Royal Oldham di mana doktor mendapati dia mengalami ‘bencana kecederaan otak’. Dia meninggal dunia dua hari kemudian.

Seorang doktor memberitahu Mahkamah Crown Manchester bahawa mayat Leyton kelihatan seperti dia terbabit dalam kemalangan kereta dan menyifatkannya sebagai kecederaan paling teruk terhadap seorang kanak-kanak yang pernah disaksikannya dalam 300 kes di bawah tanggungjawabnya.

Craig Dawick telah dituduh membunuh anak lelakinya.


Turut berada di kandang tertuduh adalah ibu Leyton, Chantelle Flynn, 25, yang menafikan menyebabkan atau membiarkan kematian seorang bayi.

Flynn juga dituduh melindungi kematian anaknya dengan berbohong kepada ahli paramedik tentang bagaimana Leyton mengalami kecederaan mengerikan.

Mahkamah mendengar bagaimana Flynn dan Craig Dawick mempunyai masalah dalam hubungan mereka dengan si suami pernah bertindak ganas terhadapnya pada masa lalu dan pada satu ketika mengancam untuk membunuhnya.

Ketika pertama kali ditanya oleh polis mengenai kematian Leyton, Craig Dawick enggan memberi sebarang jawapan, namun dia kemudiannya memberikan satu kenyataan yang mendakwa bayi itu mengalami kecederaan akibat terjatuh di rumah mereka.

Perbicaraan diteruskan. – metroUK/mStar Online

Kategori