Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Indonesia Haram Unsur LGBT...

JAKARTA - Ketika negara jirannya 'bergelut' tekanan puak Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT)...

“Tak Pernah Keluar UMNO,...

CALON Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menolak dakwaan ramai bahawa beliau konon meninggalkan...

TPM Bidas Kritikan Bekas...

KUCHING - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

Umat Islam Diminta Hayati...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu umat Islam di negara ini...

Bapa MP Julau Nafi Terbabit Sindiket Kerja Kemboja

SIBU – Laporan polis yang dibuat bekas ahli Parlimen Julau, Datuk Sng Chee Hua bagi menafikan dakwaan tular di WhatsApp yang beliau dalam sindiket menghantar pekerja tempatan ke Kemboja, sudah diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit yang mengesahkan perkara itu berkata, polis menerima laporan itu daripada Sng semalam bagi menafikan sebarang penglibatannya dalam perkara itu.

“Benar, kita ada menerima laporan (daripada Sng) dan telah merujuknya kepada SKMM. Dia (Sng) hanya menafikan sebarang penglibatan di dalam aktiviti berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Difahamkan, bekas ahli Parlimen Julau (1995–1999) itu membuat laporan berkenaan di Balai Polis Hulu Lanang pada 11.56 pagi Ahad, selepas diberitahu mengenai dakwaan tular di kalangan pengguna WhatsApp itu oleh anaknya, Larry Sng Wei Shien yang merupakan ahli Parlimen Julau.

Beliau menafikan sebarang penglibatan di dalam sindiket yang menipu rakyat Sarawak dengan menawarkan pekerjaan bergaji lumayan di Kemboja, sehingga mengkibatkan 47 orang ditahan pihak berkuasa negara itu baru-baru ini.


Stanley juga mengesahkan tiada sebarang laporan dibuat mana-mana individu ke atas Sng yang pernah menjadi Adun Pelagus itu berhubung dakwaan terbabit. – BERNAMA

Kategori