Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ibu Sahkan Mayat Anak...

KUALA LUMPUR - Ada beberapa perkara berhubung pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin yang...

Pasport Jepun ‘Berkuasa’ Di...

PINTAS... Pasport Singapura tidak lagi diiktiraf sebagai paling 'berkuasa' di dunia apabila tempat...

Peniaga Nasi Lemak Maut,...

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga nasi lemak maut manakala pembantunya cedera parah selepas...

Sambal ‘Saadiah’ Jualan Ogy...

HEBAT... Selain merupakan seorang pelakon wanita yang hebat dan disegani di Malaysia sehingga...

Bapa Maut Nahas Lepas Edar Kad Kahwin Anak

SEORANG bapa yang bakal mengahwinkan anaknya tidak lama lagi, maut dalam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) semalam.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, mangsa yang merupakan warga emas dikatakan sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Permai, Rembia, selepas mengedarkan kad kahwin anaknya.

Menurut seorang sumber, kemalangan berlaku apabila mangsa yang menunggang Honda Wave dipercayai keluar dari simpang sebelum dilaporkan bergesel dengan sebuah lori jenis Isuzu .

“Akibat pelanggaran itu mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat,” katanya kepada Sinar Online.

Bapa Maut Nahas Lepas Edar Kad Kahwin Anak


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A. Asmadi Abdul Aziz ymengesahkan kejadian itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kategori