Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kedutaan Amerika Syarikat Tutup...

KUALA LUMPUR - Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia akan ditutup pada 11...

Revolights : Lampu Basikal...

Adakah anda seorang peminat basikal yang bosan dengan lampu basikal yang kecil dan...

H1N1, HFMD, Meningoencephalitis Kes...

PUTRAJAYA - Kes-kes Influenza A atau H1N1, Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD),...

Udang Kara Indonesia Sah...

JAKARTA — Sejenis udang kara air tawar atau crayfish lobster dari perairan wilayah Indonesia...

Heath Bertanggungjawab Di Atas Kematiannya – Bapa

BAPA mendiang pelakon Heath Ledger, Kim Ledger akhirnya buat pertama kali membuka mulut memberikan kenyataannya berhubung kematian anaknya, lapan tahun lalu.

Aktor yang popular dengan filem 10 Things I Hate About You dan Brokeback Mountain itu meninggal dunia akibat penyalahgunaan bahan terlarang.

Bapa: Heath Bertanggungjawab Di Atas Kematiannya
Filem 10 Things I Hate About You yang menggandingkan Heath Ledger dan Julia Stiles menjadi fenomena di kalangan remaja pada masa itu.
Bapa: Heath Bertanggungjawab Di Atas Kematiannya
Antara pencapaian cemerlang Heath ialah menerusi filem kontroversi Brokeback Mountain, yang menggandingkannya dengan Jake Gyllenhall.

Menurut Kim, kematian Heath itu adalah merupakan kesalahannya sendiri.

“Ia memang salah dia sendiri. Tiada sesiapa pun yang memaksanya mengambil bahan terlarang. Dia sendiri yang mendekatinya. Tiada sesiapa yang boleh dipersalahkan melainkan dia sendiri.

Bapa: Heath Bertanggungjawab Di Atas Kematiannya
Bapa Heath, Kim Ledger.

“Ianya sangat sukar diterima pada mulanya sebab saya sangat sayangkannya dan benar-benar bangga dengan pencapaiannya (dalam bidang seni),” katanya memetik Daily Mail Australia.

Heath ditemui mati tertiarap di apartmen mewahnya di New York, Amerika Syarikat (AS) pada Januari 2008 akibat penyalahgunaan ubat tahan sakit dan pil tidur.

Kim menyalahkan kesibukan kerja anaknya menjadi punca Health tidak mempunyai masa untuk mendapatkan rawatan kesihatan secara berterusan.


“Heath sentiasa terbang ke sana sini. Ia sangat sukar memandangkan dia sentiasa berada dalam keadaan yang perlu sentiasa bersedia untuk perform. Dia sentiasa tidak mempunyai masa untuk berehat,” ujarnya lagi.

Bapa: Heath Bertanggungjawab Di Atas Kematiannya
Satu-satunya waris Heath, Matilda Ledger; 11.

Heath anak kelahiran Perth, Australia mempunyai seorang anak perempuan Matilda, hasil hubungan intimnya dengan aktres Michelle Williams.

Matilda yang kini berusia 11 tahun menetap di Brooklyn, AS, bersama Michelle. – MYNEWSHUB.CC

Bapa: Heath Bertanggungjawab Di Atas Kematiannya
Matilda bersama ibunya, aktres Michelle Williams.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori