Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tikam Perut Remaja Layan...

IPOH - Dua penyamun tergamak menikam perut seorang pelajar tingkatan satu hingga parah...

Rapid Penang Kaji Keselamatan...

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan mempertingkatkan tahap keselamatan untuk kapten...

Kerajaan Belum Ada Kata...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan mengharamkan perkhidmatan 'Dego...

Insiden Pulang Beraya, Budak...

PERJALANAN pulang sekeluarga dari menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur terjejas selepas seorang daripada ahli...

Bapa Hadiahkan Berlian RM57 Juta

SEORANG bapa membelanjakan RM57 juta bagi membeli berlian seberat 88 karat untuk dihadiahkan kepada anak perempuannya.

Menurut Daily Mail, lelaki warga Jepun itu membeli berlian berkenaan ketika lelongan dan promosi jualan permata serta batu jed di bandar raya ini, Selasa lalu.

Dia turut menamakan berlian berkenaan sempena anak perempuan sulungnya, Manami Star.

Berlian jarang ditemui itu dikenali sebagai ‘Type Ila’ dianggap bernilai tinggi di dunia kerana tidak mengandungi atom nitrogen.

Berlian ‘Type Ila’ antara dua permata menghiasi mahkota Ratu United Kingdom yang disimpan di Menara London.

Berlian berkenaan dianggap tiada kecacatan, antara tiga berlian berbentuk bujur dengan berat melebihi 50 karat yang dilelong ketika jualan itu.


CEO Le Vian iaitu syarikat pembekal berlian, Eddie LeVian berkata, batu 88.22 karat yang dilelong Sotheby itu antara yang terbesar dan berlian bujur paling sempurna dipotong pernah dijual.

Berlian berkenaan ditemui di lombong berlian di Jwaneng, Botswana, milik De Beers yang melaburkan RM8.07 bilion bagi meneruskan operasinya di sana. – Agensi

Kategori