Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Video: Rusuhan Di Low...

SATU video memaparkan aksi ganas yang ditunjukkan oleh perusuh dalam kejadian di Plaza...

Harga Siling Topeng Muka...

PUTRAJAYA - Kerajaan menetapkan harga siling bagi topeng muka di negara ini adalah RM1.50.Menteri...

2 Maut Kereta Rempuh...

IPOH - Dua maut dan seorang parah apabila sebuah kereta dilapor merempuh sebuah...

Tentera Russia Rekrut 280,000...

MOSCOW: Bekas presiden dan pengerusi Majlis Keselamatan Russia, Dmitry Medvedev mengakui Moscow merekrut...

Bapa Curi Baju Sekolah Tidak Layak Untuk Bantuan JKM

PUTRAJAYA – Seorang bapa yang ditahan selepas didapati mencuri pelbagai barangan termasuk keperluan persekolahan di sebuah pasar raya di Johor Bahru semalam tidak layak sebagai penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pegawai kementerian yang membuat semakan mendapati lelaki itu mempunyai pendapatan dan bekemampuan.

“Pihak kami (kementerian) akan memberi bantuan dari segi kaunseling kepadanya,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kelengkapan sekolah ‘Kembali Ke Sekolah’ di sini hari ini.

Menurut Rohani, anak sulung lelaki itu juga baru berusia tiga tahun dan tiada keperluan untuknya mendapatkan baju sekolah.

Lelaki itu yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah jabatan kerajaan selama 13 tahun telah ditahan selepas didapati mencuri pelbagai barangan bernilai RM415.06 di pusat beli-belah itu.

Lelaki itu telah dibebaskan dengan jaminan polis, namun siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.


Laman media sosial semalam hangat dengan perdebatan netizen yang mempersoal mengenai bantuan yang sepatutnya dihulurkan kepada lelaki sehingga terpaksa untuk mencuri.

Terdahulu, Rohani menyampaikan kelengkapan persekolahan kepada 500 kanak-kanak dari Rumah Kanak-Kanak (RKK) Rembau dan RKK Tengku Budriah yang disumbangkan oleh Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK).

Katanya JKM mempunyai 13 RKK di seluruh negara yang merupakan institusi tempat selamat bagi tujuan pemeliharaan dan perlindungan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori