Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

36,000 Buka Akaun SSPN1M...

KUALA LUMPUR - Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M) mendapat sambutan menggalakkan dengan...

Pengedar Dadah Maut Rempuh...

KUANTAN - Seorang lelaki yang dipercayai pengedar mati dalam kemalangan akibat merempuh pokok...

Rumah Perlindungan Khas Lelaki...

KUALA LUMPUR - Cadangan mewujudkan rumah perlindungan khas sebagai penempatan sementara bagi lelaki...

Kompleks Seri Perdana Sudah...

PUTRAJAYA - Usia Kompleks Seri Perdana yang sudah mencecah mencecah 22 tahun menyebabkannya...

Bapa Bimbang Anak Diculik Jadi Mangsa Pedofilia

KEVIN Gosden hanya mampu menatap gambar anak lelakinya, Andrew, selepas budak lelaki berusia 14 tahun itu hilang sejak 10 tahun lalu.

Apa yang dibimbangi oleh Kevin ialah anaknya itu diculik oleh kumpulan paedophile, selepas menaiki keretapi dari rumahnya di Yorkshire ke London.

Kini selepas 10 tahun, Kevin merayu kepada polis untuk membuka semula kes siasatan kehilangan anaknya itu sekali gus membantu membawa pulang Andrew ke pangkuan mereka sekeluarga.

Selepas kehilangan Andrew, Kevin menumpukan sepenuh perhatian kepada anak sulongnya, Charlotte yang kini berusia 26 tahun ini.

“Ada gambar yang menunjukkan saat-saat manis kami bersama. Tetapi selepas kehilangan Andrew, fikiran saya terganggu dan saya sukar menjalankan tugas sebagai seorang bapa kepada Charlotte,” katanya.


Andrew hilang pada 14 September 2007. Andrew ponteng sekolah dan selepas ibu bapanya keluar bekerja, dia balik ke rumah, menyalin baju lalu menuju ke stesen keretapi Doncaster.

CCTV di stesen itu menunjukkan kali terakhir dia dilihat situ adalah pada pukul 11.20 pagi.

Keluarganya bimbang dia menjadi mangsa pemerdagangan manusia atau diculik oleh paedophile yang beroperasi di kawasan berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori