Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tempoh Mohon E-Kad Memadai,...

JOHOR BAHRU – Tempoh yang diberikan kepada majikan untuk memohon kad sementara atau...

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit...

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar US dan mungkin terpaksa...

4 Negeri Di Semenanjung...

TUARAN - Empat negeri di Semenanjung merekodkan bacaan suhu paling tinggi semalam berikutan...

Gempar Mayat Lelaki Bawah...

KUALA LUMPUR - Pengunjung serta peniaga di sekitar Pasar Pudu digemparkan dengan penemuan...

Banyak Kontroversi Melanda, Shahir ‘Hilang’ Lagi

SELEPAS hilang selama hampir lima tahun sebelum kembali muncul ketika program Akademi Fantasia Megastar yang berlangsung bulan lalu, kini Shahir Zawawi kembali ‘hilang’ diri semula.

Baca: Dituduh Menipu, Shahir Lari Dari Bayar Hutang?

Penyanyi yang berusia 29 tahun itu bagaimanapun terus menutup mulut selepas banyak kontroversi yang melanda dirinya ketika menyertai program tersebut.

Sebelum ini, artis kelahiran Kampar, Perak itu telah dikaitkan dengan seorang pramugari sebuah syarikat penerbangan tempatan yang dikenali sebagai Mona Syamimi.

Tidak hanya itu, November lalu, satu lagi kontroversi pula naik apabila seorang lelaki telah mendakwa Shahir gagal menjelaskan hutang sewa sebuah kereta mewah yang berjumlah sebanyak RM24,000.

Bagaimanapun, penyanyi itu sebelum ini telah berjanji untuk meneruskan karier seninya di dalam dunia nyanyian namun kini dia sekali lagi ‘hilang’ selepas program AF Megastar tamat.

Tindakan Shahir itu telah membuatkan ramai peminatnya bimbang dengan penyanyi yang juga merupakan juara program Akademi Fantasia musim ke-8 itu.

Ramai peminat dilaporkan turut meninggalkan komen di akaun Instagram miliknya selepas posting terakhirnya pada 22 Oktober lalu.


Dalam masa yang sama, peminat turut mendoakan Shahir agar terus tabah menghadapi dugaan yang bagaikan menimpa-nimpa dirinya sejak kebelakangan ini.

Jika dilikat semula, selepas ‘kemunculannya’ ketika program tersebut, banyak pula kontroversi yang melibatkan namanya.

Adakah itu semua hanya semata-mata untuk menjatuhkan atau sebaliknya? Harapnya lepas ni Shahir akan muncul semula bagi menyelesaikan kontoversi ini agar tiada lagi pihak yang tidak berpua hati terhadapnya.

Perkara yang terjadi ini bukan sahaja mengganggu kariernya, malah turut menjejaskan imejnya sebagai seorang selebriti. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori