Bantuan RM500 Kepada 120,000 Pemandu E-Hailing
Mar 27, 2020
0 Comments
PUTRAJAYA – Kerajaan akan memberikan bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada 120,000 pemandu e-hailing sepenuh masa membabitkan peruntukan sebanyak RM60 juta.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ini kerana pendapatan harian e-hailing sepenuh masa turut terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
βDalam pakej rangsangan ekonomi sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan pemandu teksi akan menerima bayaran one-off sebanyak RM600 mulai 1 April ini,β katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) di sini, hari ini. – BH Online