Banten Dilanda Abu Gunung Anak Krakatau

JAKARTA – Abu dari Gunung Anak Krakatau telah mula turun dan dirasai di sekitar Banten hari ini.

Warga di Cilegon, Pandeglang hingga Serang mendapati adanya abu gunung berapi yang dikesan di cermin kereta dan sebagainya.

Detik News melaporkan, Ketua Seksyen Data dan Informasi, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG) Serang, Tarjono mengesahkan mengenai kejadian berkenaan.

“Abu gunung berapi itu juga sudah sampai di Labuan, Pandeglang,” katanya. – AGENSI

Loading...