Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Bangladesh Benarkan ‘Food Flotilla...

PUTRAJAYA - Kementerian Luar mengesahkan bahawa kerajaan Bangladesh bersetuju membenarkan kapal 'Misi Kemanusiaan...

Korea Selatan Beli Kapal...

SEOUL - Korea Selatan sedang berunding dengan Amerika Syarikat (AS) untuk membeli kapal...

Kembangkan Silat Ke Persada...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Tan Sri Mohd Ali...

Jamal Sedia Bantu Zamani...

JIKA menyentuh tentang raja pop Malaysia Datuk Jamal Abdillah, pasti ramai masih ingat bahawa...

Bank Rakyat Untung RM1.24 Bilion Tahun Lalu

KUALA LUMPUR – Kumpulan Bank Rakyat mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM1.24 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Bank Rakyat berkata, ia mencapai prestasi memberangsangkan meskipun berdepan cabaran margin keuntungan bersih dan juga pelaksanaan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia 9 (MFRS 9) bagi peruntukan baharu.

“Bagi tahun kewangan 2018, kumpulan berjaya mengekalkan nisbah kos kepada pendapatan (CIR) yang rendah pada 34.3 peratus, melebihi CIR industri perbankan domestik iaitu 44.8 peratus,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Pendapatan daripada aktiviti pembiayaan meningkat 0.2 peratus kepada RM5.12 bilion daripada RM5.11 bilion sebelum ini memandangkan kelembapan pertumbuhan pembiayaan keseluruhan industri dan persaingan sengit dalam pasaran.

Bagi aset kumpulan, katanya, jumlah aset Bank Rakyat meningkat 1.4 peratus atau RM1.44 bilion kepada RM106.89 bilion, berbanding RM105.45 bilion sebelum ini.

Peningkatan ini didorong oleh pertumbuhan kukuh aset perbendaharaan sebanyak RM2.54 bilion kepada RM33.23 bilion sejajar dengan keperluan kawal selia untuk megekalkan tahap Aset Cair Berkualiti Tinggi (HQLA) yang mencukupi.

Bank Rakyat berkata baki pembiayaan kasar meningkat kepada RM70.40 bilion berbanding RM70.63 bilion sebelum ini, dengan kumpulan terus mendapat manfaat daripada kepelbagaian portfolio, terutamanya daripada pembiayaan perumahan, kenderaan dan perniagaan.


Pembiayaan perumahan meningkat 12.8 peratus kepada RM5.92 bilion berbanding RM5.25 bilion sebelum ini manakala pembiayaan kenderaan meningkat 1.5 peratus kepada RM2.77 bilion berbanding RM2.73 bilion sebelum ini, katanya.

Sementara itu, pembiayaan perniagaan, terutamanya segmen koperasi meningkat 13.3 peratus kepada RM2.22 bilion berbanding RM1.96 bilion sebelum ini.

Bank Rakyat berkata bagaimanapun, pembiayaan peribadi menurun dua peratus kepada RM54.88 bilion sejajar dengan strategi jangka panjang bank tersebut untuk mengurangkan kebergantungan secara keseluruhan kepada pembiayaan peribadi.

Kategori